photo Untitled-1_zps0aa7cbb3.png

rakan2 kesayanganku

Thursday, 19 June 2014

Debaran Kian Terasa

Salam Jumaat semua, dup dup dup... macam tak caye je Farrah cuma ada masa 10 hari je lagi kat Sri Aman. Hati tu memang tak boleh nak kata ape dah. Berdebor je kojenyaer hikhikhik. Hope perjalanan dari Kuching ke Penang nanti okey jer. Semua perasaan muncul masa ni takut, gementar, excited, sedih, and tak ketinggalan rasa tak nak pergi pun ade. Apapun, segala urusan kita adalah di tanganNya. Semoga Allah memberkati perjalananku nanti.

Farrah tengah busy uruskan hal surat-menyurat dan borang memborang. Isi borang ni, isi borang tu. Cop sana cop sini. Medical check-up lagi. Next week baru ambik dia punya result. Semua nak kena buat cepat coz masa dah semakin singkat. Kalau boleh Farrah nak make sure semuanya settle sehingga tiba hari nak flight ke Penang tu nanti. Tak nak la ada pulak barang yang tertinggal ke apa. Tu buat naya diri sendiri namanya. Jenuh nak ulang alik ambik barang pulak dah. Bukan dekat jarak dari sini ke sana. Aduhaiii.

Okey, nak dijadikan cerita... semalam Farrah punya lah excited nak packing barang. Masuk barang ni, masuk barang tuu. Tup-tup... kasut sukan pulak hilang. Aiyarkk... baru je beli kot. Tak sempat pun nak merasmi dah hilang pulak dah. Jenuh carik satu rumah tak jugak jumpa-jumpa. Entah mana hilang pun tak tau. Letak dalam rumah kot. Tu pun boleh hilang jugak??? hmmmpp... macam-macam hal lah. Pening pulak kepala dibuatnya. Nak tak nak terpaksa lah beli yang baru. Hope, lepas ni tak de lah problem lain yang muncul.


Kisah selanjutnya bersambung di entry seterusnya. Terima kasih kerana sudi membaca! 

Monday, 16 June 2014

Flight Tiket Dah Siap Booking

Alhamdulillah..tengah kalut-kalut camni sempat lah jugak Farrah nak booking flight tiket. Minggu lepas dah mula sibuk dengan urusan sana sini. Pastu semalam pergi buat medical check-up. Next week, keluar lah result. Hope tak ada apa-apa lah kan. Susah hati jugak dibuatnya. Lama dah tak buat medical check-up ni. Paling last pun masa tahun 2008, tu pun sebab terpilih ikut Program Latihan Khidmat Negara. Masa tu memang tak problem lansung tak tau pulak kalau sekarang ni. Al-maklumlah lama dah tahun berlalu kan.. huhuhu...



Lagi 2 minggu, Farrah akan berlepas ke Penang dari Kuching dalam pukul 09.35 pagi camtu. First time tuu naik flight dah lah sorang-sorang takde teman. Takper..takper...Saya okay, Saya dah Besar (Tiru iklan jap..hihihi). Tahun ni, Farrah akan menjalani ibadah puasa kat sana lah memandangkan latihan tu bermula 1 July...and kalau takda rezeki nak balik raya tahun ni, alamatnya beraya lah kita kat sana jugak. Sedih tu memang lah sedih sebab terpaksa berpisah dengan keluarga tahun ni  tapi nak buat macamana... redha je lah. Kiranye kalau ada geng yang sama-sama tak balik raya nanti boleh lah ajak dorang merasa camne beraya kat tempat orang.



Kalau teringin nak makan Kek Lapis Sarawak nanti boleh ler mintak family kirimkan. Sebab, kalau tak ada Kek Lapis tak meriah rayanya. Tu pun kalau kuih tu tak hancur bila sampai sana lah. Ishh, macam tak nak lah pulak. Tak pe lah, nanti kita sendiri yang pegi survey-survey kat sana.. Apapun, terlebih dahulu Farrah nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Moga-moga segala amalan kita mendapat keberkatan.



Monday, 9 June 2014

New Addict : My Love From The Star

Sekarang ni Farrah tengah minat dengan satu drama korea terbaru tau. Kira latest la dalam tahun ni. Tajuk drama tu ialah My Love From The Star. Drama ni dibintangi oleh 2 pelakon hebat iaitu Kim Soo Hyun dan Jun Ji-Hyun. Siapa yang minat drama ni confirm tau punye and of course la banyak yang falling in love kat hero dia tu kan. Drama ni telah ke udara sejak beberapa bulan yang lalu dan telah mendapat tempat di hati para peminat drama korea di Malaysia.

Sinopsis : (Ringkasan)

Drama ini mengisahkan tentang seorang makhluk asing yang mendarat ke bumi pada 400 tahun yang lalu yang ketika itu merupakan zaman Dinasti Joseon telah jatuh cinta dengan seorang pelakon wanita yang cantik dan terkenal di era moden yang baru sahaja berpindah di apartment yang sama. Pelbagai kejadian pelik yang berlaku dan dia menyedari dia mula menyukai gadis tersebut namun dia terpaksa melupakan perasaannya itu kerana dia akan balik semula ke planetnya dalam masa 3 bulan.

Di sini Farrah selitkan sekali beberapa scene yang menarik dalam drama ini. Pada yang tak sempat nak tengok tu boleh beli dvd drama ni di pasaran. 


















































Dan ini adalah barisan pelakon yang membintangi drama ini :-



Kim Soo Hyun sebagai Do Min Joon


Jun Ji-Hyun sebagai Cheon Song Yi


Yoo In Na sebagai Yoo Se Mi


Park Hae Jin sebagai Lee Hwi Kyung


Shin Sung Rok sebagai Lee Jae Kyung


Ahn Jae Hyun sebagai Cheon Yoon Jae


Drama ini turut menampilkan beberapa Original Soundtrack yang menarik antaranya ialah :

My Destiny - Lynn
Like A Star - K.Will
My Love From The Star - Younha
Hello/Goodbye - Hyorin
I Love You - Just
Tears Like Today - Huh Gak
Every Moment of Yours - Sung Si-Kyung
In Front Of Your House - Kim Soo Hyun
Every Moment of Yours (Piana version_) - Sung Si-Kyung