photo Untitled-1_zps0aa7cbb3.png

rakan2 kesayanganku

Showing posts with label lovely farrah side. Show all posts
Showing posts with label lovely farrah side. Show all posts

Friday, 3 April 2015

1st Entry For 2015

Assalamualaikum semua.. lama tak masuk blog kesayangan ni....

Hehehe rindu pulak! 

Al-maklumlah tengah busy giler dengan praktikal sekarang tu yang takda masa nak update blog.

ni pun ada kesempatan sekejap nak melawat blog ni sebab sekarang tengah cuti sem
kalau tak..hurmmm bz jer memanjang :)

Korang ape khabar?

Hurmm.. rasa macam bertukar hobi lah pulak sekarang ni.. tak tau la napa sekarang suka btol nak buat origami hehehe. Macam2 origami yang Farrah belajar tau.. paling banyak BUNGA la. Siap beli lagi kertas origami banyak-banyak semata nk buat bunga. Mau tak lebam jari buat bunga banyak2 camtu hahaha. cER tengok gambar origami kat bawah ni cantik kan..pasni nak jugak try buat benda ni.. cam best jer hihihi



Sekarang pulak tengah skodeng2 pulak tutorial cara nak buat teddy bear sendiri hehehe. Tak paham la dengan kepala ni. Semua benda nak di cuba. Selagi tak tahu cara selagi tu la sanggup paksa diri belajar sampai tahu. Bila dah tau, tukar hobi lain pulak, Tak ke pelik namanya tuu.. ALAHAIII...

Korang takda hobi baru ke? Kalau ada share2 juga kat Farrah.. Boleh jugak kita bertukar-tukar ilmu kan. Tak salah kalau berkongsi ilmu. Berfaedah jugak daripada takda buat apa kat umah kan. Oklah.. Setakat ni je lah entry kali ni. Nanti kita share citer2 terbaru dengan korang lagi k. Assalam.

Friday, 7 November 2014

Moment Indahku

Perjalanan selama 3 bulan berada di Kolej Latihan Pergigian Malaysia Penang telah banyak memberikan kenangan manis dan tak kurang juga kenangan pahit yang turut terselit di sebaliknya. Alhamdulillah, sekarang dah masok bulan ke 4 Farrah mengikuti Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian. Setakat ni banyak benda yang telah Farrah pelajari. Hmm..lupa pulak kan, lama juga rasanya Farrah tak update blog kesayangan Farrah ni. OkeY..OKey.. Farrah nak share serba sedikit moment indah Farrah bersama-sama rakan-rakan DSA. Alhamdulillah, kat sana Farrah jumpa banyak kawan-kawan baru. Ini adalah antara moment kami sepanjang berada di Penang.




















Thanks you Lisa, Andi, Yaya and also my roomate Khadijah for being my friend sepanjang kita berada di sana. InshaAllah.. tahun 2016 nanti kita jumpa balik ye. Selamat menjalani latihan di PLA masing-masing. Love u all!

Thursday, 19 June 2014

Debaran Kian Terasa

Salam Jumaat semua, dup dup dup... macam tak caye je Farrah cuma ada masa 10 hari je lagi kat Sri Aman. Hati tu memang tak boleh nak kata ape dah. Berdebor je kojenyaer hikhikhik. Hope perjalanan dari Kuching ke Penang nanti okey jer. Semua perasaan muncul masa ni takut, gementar, excited, sedih, and tak ketinggalan rasa tak nak pergi pun ade. Apapun, segala urusan kita adalah di tanganNya. Semoga Allah memberkati perjalananku nanti.

Farrah tengah busy uruskan hal surat-menyurat dan borang memborang. Isi borang ni, isi borang tu. Cop sana cop sini. Medical check-up lagi. Next week baru ambik dia punya result. Semua nak kena buat cepat coz masa dah semakin singkat. Kalau boleh Farrah nak make sure semuanya settle sehingga tiba hari nak flight ke Penang tu nanti. Tak nak la ada pulak barang yang tertinggal ke apa. Tu buat naya diri sendiri namanya. Jenuh nak ulang alik ambik barang pulak dah. Bukan dekat jarak dari sini ke sana. Aduhaiii.

Okey, nak dijadikan cerita... semalam Farrah punya lah excited nak packing barang. Masuk barang ni, masuk barang tuu. Tup-tup... kasut sukan pulak hilang. Aiyarkk... baru je beli kot. Tak sempat pun nak merasmi dah hilang pulak dah. Jenuh carik satu rumah tak jugak jumpa-jumpa. Entah mana hilang pun tak tau. Letak dalam rumah kot. Tu pun boleh hilang jugak??? hmmmpp... macam-macam hal lah. Pening pulak kepala dibuatnya. Nak tak nak terpaksa lah beli yang baru. Hope, lepas ni tak de lah problem lain yang muncul.


Kisah selanjutnya bersambung di entry seterusnya. Terima kasih kerana sudi membaca! 

Monday, 16 June 2014

Flight Tiket Dah Siap Booking

Alhamdulillah..tengah kalut-kalut camni sempat lah jugak Farrah nak booking flight tiket. Minggu lepas dah mula sibuk dengan urusan sana sini. Pastu semalam pergi buat medical check-up. Next week, keluar lah result. Hope tak ada apa-apa lah kan. Susah hati jugak dibuatnya. Lama dah tak buat medical check-up ni. Paling last pun masa tahun 2008, tu pun sebab terpilih ikut Program Latihan Khidmat Negara. Masa tu memang tak problem lansung tak tau pulak kalau sekarang ni. Al-maklumlah lama dah tahun berlalu kan.. huhuhu...



Lagi 2 minggu, Farrah akan berlepas ke Penang dari Kuching dalam pukul 09.35 pagi camtu. First time tuu naik flight dah lah sorang-sorang takde teman. Takper..takper...Saya okay, Saya dah Besar (Tiru iklan jap..hihihi). Tahun ni, Farrah akan menjalani ibadah puasa kat sana lah memandangkan latihan tu bermula 1 July...and kalau takda rezeki nak balik raya tahun ni, alamatnya beraya lah kita kat sana jugak. Sedih tu memang lah sedih sebab terpaksa berpisah dengan keluarga tahun ni  tapi nak buat macamana... redha je lah. Kiranye kalau ada geng yang sama-sama tak balik raya nanti boleh lah ajak dorang merasa camne beraya kat tempat orang.



Kalau teringin nak makan Kek Lapis Sarawak nanti boleh ler mintak family kirimkan. Sebab, kalau tak ada Kek Lapis tak meriah rayanya. Tu pun kalau kuih tu tak hancur bila sampai sana lah. Ishh, macam tak nak lah pulak. Tak pe lah, nanti kita sendiri yang pegi survey-survey kat sana.. Apapun, terlebih dahulu Farrah nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Moga-moga segala amalan kita mendapat keberkatan.



Tuesday, 13 May 2014

VTC TEAM...

Alhamdulillah...  syukur ke Hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan umur. Maka kali ni, Farrah nak sambung entry yang lepas di mana kita cite pasal surat tawaran. Kali ni pulak, Farrah nak cite pasal ... (baca lah entry di bawah)

Bulan ni Farrah akan meninggalkan tempat kerja Farrah di mana selama ni Farrah menimba pengalaman serta meluaskan pengetahuan dalam dunia kerjaya. Sedih jugak rasanya nak tinggalkan syarikat memandangkan majikan Farrah baik sangat orangnya serta banyak beri tunjuk ajar pada Farrah selama Farrah bekerja di sana. Walaupun kami berlainan bangsa, itu tidak menjadi masalah untuk Farrah bekerja di bawah mereka.

Kalau diingatkan balik, dari mula Farrah berkerja di situ... pengetahuan yang ada pada Farrah memang nipis. Farrah akui sebelum ni Farrah memang tak ada pengalaman lansung dalam bidang ni. Tapi berkat tunjuk ajar dari mereka, Farrah mula selesa dengan kerja ni dan Farrah rasa seronok sangat bekerja di situ. Dengan keadaan yang kurang tekanan, suasana pejabat yang tenang membuatkan Farrah dapat menyesuaikan diri dengan selesa hinggalah sekarang. Di sana lah Farrah asah skill berkomputer yang Farrah belajar sebelum ni dan Farrah bersyukur sangat sebab dapat bos yang memahami dan sabar dalam memberi tunjuk ajar.

Alhamdulillah, Farrah dah bekerja di situ hampir setahun lebih dah. Sekarang Farrah dah mula faham selok-belok pasal dunia perkeranian. Tapi akhir bulan ni Farrah terpaksa tinggalkan kerja ni kerana Farrah dapat peluang pekerjaan yang lebih mencerahkan lagi masa depan Farrah. Siapa tak sedih bila terpaksa tinggalkan tempat tu tapi apa kan daya, Farrah kena kejar impian Farrah. Walaupun kerjaya yang bakal Farrah ceburi selepas ni bukanlah seperti yang Farrah impikan sejak kecil dulu tapi Farrah terima dengan rasa bersyukur kerana Farrah diberikan peluang seperti ini.

Farrah harap penganti Farrah nanti dapat jalankan tugas dengan baik. Selamat tinggal VTC TEAM...


Kisah selanjutnya dalam entri yang seterusnya....

Sunday, 11 May 2014

Rezeki Tahun 2014

Assalamualaikum kengkawan sume. Urmm... lamenya Farrah tak update blog ni. Rindu pulak nak update perkembangan terkini Farrah kat sini. Rindu pulak rasanya jari ni nak menaip hehe...

Actually, banyak benda yang Farrah nak kongsi kali ni. Antaranya ialah... tahun ni Farrah dapat tawaran untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Pembantu Pembedahan Pergigian KKM sesi Julai 2014. Farrah pun tak sangka yang Farrah dapat tawaran ni sebenarnya sebab aritu Farrah dapat calon simpanan je.




Tu pun Farrah still tak caye lagi sebenarnya sebab mula-mula dulu Farrah dapat tahu pasal ni masa Farrah buat panggilan ke bahagian SPA. Masa tu, Farrah sebenarnya nak tukar tempat temuduga sebab tarikh temuduga SPA masa tu terlalu rapat. Alih-alih dapat tau pula yang Farrah tak perlu hadiri temuduga tu sebab Farrah still calon simpanan untuk jawatan tu. Then, dorang cakap Farrah kena standby untuk ikut latihan July nanti. Huishhh, punya lah terkejut dan tak sangka. Yelaa.. selama ni Farrah memang impikan semua tu. Rasa nak nangis pun ada. Macam-macam rasalah yang timbul masa tu tapi Farrah cuba kontrol lah takut dorang main-main ke ape.Tapi Alhamdulillah... ada pulak surat dari pihak SPA datang menyatakan perkara yang sama. 





Sekarang ni, Farrah cuma tunggu surat tawaran dari pihak KKM je lagi sebab aritu Farrah check, dorang belum update lagi. Hope bulan Jun nanti adalah surat tu. Bila surat tu dah ada nanti, baru Farrah akan buat persediaan untuk ke sana. Doakan yang terbaik buat Farrah ye semua :)


Kisah selanjutnya akan bersambung ke entri yang akan datang. Terima kasih kerana membaca.









Sunday, 22 September 2013

Segmen : Skodeng-skodeng novel 3

Hye2...Assalamualaikum...hmm, pagi Isnin yang sungguh cerah... dan indah... ditambah pulak dengan semangat Monday Blues yang datang dari mana entah..hihi... Syukur Alhamdulillah, blog Farrah sudah pun mencecah 10 bulan... bukan 10 tahun ye....hehe... Actually, Farrah dah lama dah ada blog tapi blog Farrah yang sebelum ni dah kena virus...so terpaksa lah tutup...and ni adalah blog terbaru Farrah lah... Oklah, sebelum Farrah makin terok merapu-rapu...baik kita terus ke tajuk utama atau dalam bahasa omputihnye...direct to the point...ewah-ewah speaking lah pulak adusshh!


Untuk entry kali ni, Farrah nak introduce kat korang novel-novel hasil karya Suri Ryana. Pernah dengar nama dia tak? Mesti korang lupa-lupa ingat kan... tapi kalu korang tengok novel dia sure korang terus ingat. Hasil karya beliau vogue tau... kebabom!




M.A.I.D





Ni adalah novel sulung beliau. Kalau korang tahu, novel ini merupakan novel Bestseller dan juga pemenang Anugerah Popular Berita Harian. And novel ni dah banyak kali di ulang cetak. Novel ni sudah pun berada di pasaran sejak tahun 2011.


ISTERI SEPARUH MASA




Ini pulak merupakan novel kedua beliau. Ia juga merupakan pemenang Anugerah Popular Berita Harian pada tahun 2013. Novel ini telah pun berada di pasaran sejak tahun 2012.





PLAYBOY ITU SUAMI AKU?!




Dan ini pulak adalah novel terbaru beliau. Novel ni telahpun berada di pasaran pada April 2013.




Kalau korang nak review hasil karya beliau, korang boleh lah KLIK SINI. Kat situ korang boleh baca semua hasil-hasil karya yang telah beliau kumpulkan. Ok, itu sahaja untuk entry kali ni...jumpa lagi! 



Wednesday, 11 September 2013

Segmen : Skodeng-skodeng novel 2

Assalamualaikum...haa, masih ingat pasal entry yang lepas??? ala, yg pasal novel pilihan tu...untuk entry kali ni pulak, Farrah pilih hasil karya E-man Sufi...karya beliau ni pun tak kurang hebatnya tau...setakat yang Farrah tahu, beliau sudah pun menghasilkan 3 buah novel dan Farrah dah baca ketiga-tiga novel tu..best tau... meh, kita skodeng novel-novel beliau...






Suami Yang Ku Benci







Hikayat Cinta Si Pematah Hati






Bukan Kerana Aku Tak Cinta





Farrah kagum dengan hasil karya E-man Sufi ni tau. Dengan pengolahan cerita yang menarik dan beliau bijak mengabungkan ketiga-tiga novel beliau. Farrah memang dah follow dari start novel pertama beliau lagi sampai lah novel yang sekarang ni. Cerita-cerita ni saling berkaitan antara satu sama lain. So, Farrah suggest kat korang supaya korang baca novel-novel beliau ni dari awal, maksud Farrah..baca dari novel yang pertama.. senang sikit nak faham jalan ceritanya. And, sure korang tak rugi pun bila baca hasil karya beliau ni. Memang berbaloi-baloi lah ehehe. Kalau korang nak tahu hasil karya beliau yang seterusnya ataupun ingin mengikuti perkembangan beliau, korang boleh KLIK SINI dan boleh follow terus blog beliau. Ok, untuk entry yang akan datang, Farrah suggest novel-novel yang lain pulak ye.. Tata Titi Tutu...

Segmen : Skodeng-skodeng novel 1

ASSALAMUALAIKUM suma...lama tak update blog... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN sekiranya sebelum ni Farrah pernah terkasar bahasa ke ape... korang ape kabar? raya tahun ni best tak?

Actually, entry kali ni Farrah nak kongsi cerita sikit dengan korang lah... hurm, last week...rumah Farrah kena masuk dek pencuri...and yang sedihnya, lappy kesayangan Farrah yang jadi mangsa...alahai... dah lah dlm tu byk gila bahan-bahan yang Farrah simpan untuk blog Farrah... baru je setahun Farrah beli lappy tu...dah kena curi...malang betul lah... tapi takpe, nak buat macamane kan...  Farrah redha je...

Ok2..tak nak dah sedih-sedih lagi...sekarang Farrah nak kenalkan beberapa buah novel yang menarik di hati Farrah. Kali ni Farrah nak pilih novel hasil karya Kak Melor Jelita. Setakat ni, apa yang Farrah tahu, beliau sudah pun menghasilkan 3 buah novel. Antaranya ialah:




Awak Suka Saya Tak?




I Love You Stupid





My Precious Iris





Sebagai salah seorang peminat karya Kak Melor Jelita, Farrah memang tabik spring lah kat dia coz hasil karya dia memang tip top dengan gaya bahasa yang mudah difahami dan juga jalan cerita yang sedikit sebanyak menyedarkan kita akan isu-isu sekeliling and paling menarik bagi Farrah ialah ia membuka mata Farrah untuk merasa bangga terhadap kerjaya sebagai seorang polis. Sebelum ni, Farrah ingat tugas seorang polis tu sangat-sangat bahaya dan strict dan susah untuk kaum wanita nak handle kerja ni... tapi bila Farrah baca novel ni, Farrah tengok kerjaya ni macam menyeronokkan pulak...sebab tengok watak Iris dan divas-divas walaupun dorang ni ala-ala girl macam tu..tapi dorang ni lasak jugak...especially Iris... and dari sini jugak Farrah dapat tahu tentang kewujudan suksis. Watak Firman pulak serba sedikit menjentik hati Farrah untuk kenal dunia di luar seperti kehidupan di Vietnam yang serba kekurangan. Tak rugi tau kalau korang beli walaupun novel ni tebal mengalahkan kamus...tapi penuh dengan pengajaran. Hope, lepas ni..Kak Melor Jelita akan terus menghasilkan novel-novel yang lebih voke gitu..

Thursday, 20 June 2013

Elakkan Dari Gaduh Dalam Facebook

Dunia sekarang apa-apa je kita mesti update dekat Facebook kan. Tak kira lah kita tengah buat apa ataupun pergi mana. Atau dalam erti kata lain segalanya pasal kita pasti kita akan letak kat Facebook. Sampaikan gaduh pun dekat Facebook jugak. Pernahkah korang terfikir yang Facebook tu adalah satu punca atau faktor yang mengundang pergaduhan atau pertelingkahan sesama friend-friend di Facebook????



Seperti yang Farrah selalu tengok dekat Facebook, banyak diantara kita sengaja update status yang boleh menyakitkan hati orang lain bukan? Ada jugak yang jadikan Facebook ni sebagai tempat untuk sindir-menyindir. Tak ketinggalan juga, ada yang gunakan Facebook tu untuk cari gaduh. Akibatnya akan berlaku pergaduhan yang besar. Sorang serang wall sana. Sorang serang wall sini. Sorang tag sana. Sorang tag sini. Hingga membabitkan orang luar yang masuk campur. Tak baik tau macam tu. Farrah juga satu ketika dulu pernah jugak terlibat dalam gaduh-gaduh macam ni. Puncanya Facebook ni lah. Bila ingat balik, macam bodoh je gaduh-gaduh macam tu. Bagi semua orang tengok kelemahan kita.



So, berdasarkan pengalaman yang lepas tu Farrah nasihatkan korang kalau boleh janganlah gaduh-gaduh ataupun cari pasal kat Facebook tu. Malu kalau orang tengok. And buat kawan-kawan yang tak puas hati tu better korang face to face lah sesama korang . Dari korang tunjuk berani sangat kat Facebook tu. Lagipun Facebook tu bukan medan peperangan. Facebook tu untuk kita cari kawan, tambah kawan dan mengeratkan silaturrahim bukan nya cari gaduh atau memaki hamun orang. Kadang-kadang Farrah tengok bukan setakat yang muda-muda je gaduh kat sana. Yang tua pun ada jugak. Siap dengan caci maki lagi. Bukankah itu mempamerkan lagi kelemahan kita. 



Disini Farrah bagi tips untuk korang elak dari terjebak dalam pergaduhan Facebook ni.

1. Tenangkan diri seketika - bila anda berdepan dengan keadaan macamni adalah lebih baik untuk kita menenangkan diri seketika. Bila kita tenang maka kita boleh berfikir dengan betul. Ini boleh mengelakkan kita dari melakukan tindakan di luar dugaan.

2. Jangan membalas perbuatan mereka - Sebagai contoh, jika seseorang itu sengaja atau cuba menyakitkan hati anda dengan mengupdate status-status yang boleh menyebabkan anda marah. Jangan balas balik perbuatan mereka kerana jika anda berbuat perkara yang sama ia akan menjadikan keadaan semakin tegang dan boleh mencetuskan pergaduhan besar sesama korang. 

3. Bersabar - sekalipun anda sakit hati, jangan cepat naik angin. Sabar kerana itu adalah cara yang terbaik untuk kita dari terjebak dengan pergaduhan itu.

4. Block atau Remove - jika mereka masih juga ingin menyakitkan hati anda, apa kata anda block atau remove mereka dari senarai friendlist anda. Itu boleh mengelakkan mereka dari terus menyakiti hati kita.

5. Berbincang - kalau anda adalah seorang yang matang, apa kata anda tanya sendiri dengan mereka apa yang mereka tak puas hati dengan anda. Tapi elakkan dari mengunakan bahasa yang kasar kerana bimbang keadaan akan menjadi lebih teruk jika berbuat demikian.

6. Mengalah - ia tidak beerti anda kalah. Ia menunjukkan anda seorang yang tenang dan matang. Pergaduhan bukanlah cara yang baik untuk menyelesaikan masalah.

7. Memohon maaf - fikirkan bahawa memohon maaf itu sebagai satu komitmen terhadap hubungan persahabatan dan bukannya kelemahan diri. Dengan meminta maaf kita boleh menjernihkan suasana.




Sunday, 19 May 2013

Novel-novel keluaran terbaru untuk bulan ni...

ASSALAMUALAIKUM semua... Apa khabar warga-warga blogger sekalian... lama rasa nya tak buat entry baru untuk blog nih..rindu giler kat nak menaip balik huhuw... lama rasanya kita tak skodeng novel-novel baru yang tengah HOT di pasaran sekarang kan...


Entry kali ni Farrah nak introduce kat korang novel baru yang menarik... dan seperti biasa Farrah akan fokus kat novel keluaran Karya Seni coz almost novel keluaran syarikat memang "syok" giler...hehehe
Haaa..nak tau ape dia novel-novel yang menarik..jom ikut Farrah skodeng ngeeeee....


Ok disini Farrah dah sediakan beberapa tajuk novel yang boleh tahan.. chewahhh...


Bukan Aku Tak Cinta - Eman Sufi



"Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?"

"Untuk buktikan cinta Mas kat abang..terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang.. Mas tak tahu berenang!"

"Mastura!!!!!!"

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta keran tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Sifatnya yang tenang,rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya, Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantikk, kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak behitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

"Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?"

"Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu... Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas."

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan? Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gangster! Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.



Meh sandar pada aku! - Aifa Batrisya



Kata orang, tak kenal...maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal asyik nak menyakitkan hati sahaja..buat apa? - Afnan Tasneem

Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.


Berdepan dengan spesis lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Lansung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar tak pernah ada. Matanya pula lansung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!


"Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?"

"Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?"

"Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!"


Dalam marah, dalam herdik...tanpa sedar nama gadis itu mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong tanpa kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu  dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.


"Aku apa?"

"Tak ada apa-apa, Doktor Syed.."

"Aku tanya sekali lagi. Aku apa?"

"Errr... Doktor Syed kan handsome! tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?"


Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.

Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di baeah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?



Suamiku pemalu! - Qistina Alya




SAHRUL HAKIMI - Dia sememangnya lelaki pemalu! Peristiwa lampau membuatkan dia malu berhadapan dengan perempuan. Nampak sahaja perempuan, dia akan tertunduk hingga merah pipinya. Namun, hatinya ada pada Farisya Alya. Kebahagiaan mula menyinar pada saat pinangannya diterima.


"Kenapa awak terima saya, ya?"

"Sebab awak pemalu!"


FARISHA ALYA - Pinangan Irul diterima ikhlas. Dia nekad membina gerbang cinta bersama suami yang pemalu itu.


Irul bukanlah seorang pakar cinta. Tetapi Irul belajar menjadi seorang pencinta yang mampu membahagiakan orang yang dicintai.


"Sayang, duduklah dalam troli ni. Biar abang tolak."

"Mengarutlah abang ni. Isha dah besarlah. Takkan nak duduk dalam tu lagi. Macam budak-budak aje."

"Hehe, gurau ajelah sayang."


Bermulalah episod cinta sang suami dan sang isteri.

Tetapi, bukan rumah tangga namanya tanpa disentuh badai. Kedegilan dan kesilapan Farisha Alya telah mengundang amarah Sahirul Hakimi hingga membawa babak duka dalam perhubungan mereka.


Rajuk Alya meresahkan Sahirul Hakimi. Mampukah dia yang pemalu itu kembali memikat isterinya?


p/s: Haa..dah puas skodeng kan? kalau belum puas korang klik sendiri KAT SINI ok! Selamat membaca.... ^_^

Thursday, 16 May 2013

Entry For May

Assalamualaikum sume...apa khabar...bulan May menjelma lagi... Seperti yang kita tahu banyak yang hari yang bakal kita sambut kan...antaranya....hari ni...korang ingat tak hari ape...takkan tak ingat kot.... btw, hari ni adalah hari guru...so Farrah nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru-guru di Malaysia....terutamanya guru yang pernah mengajar Farrah dari sekolah tadika hingga ke sekolah menengah...terima kasih cikgu...jasamu kan ku kenang selalu..

Dan seperti yang kita tahu, minggu lepas adalah merupakan hari ibu...so rasanya belum terlambat lagi untuk Farrah nak ucapkan SELAMAT HARI IBU buat ibu tersayang.. Fazidah@Pridah Abdul Hamid... love u so much.... terima kasih kerana melahirkan aku ke dunia serta mengajarku erti hidup... Tak lupa juga buat jururawat-jururawat di Malaysia... SELAMAT HARI JURURAWAT...  

Ok...untuk entry yang akan datang..kalau ada masa yang terluang Farrah akan update novel-novel terkini keluaran terbaru untuk korang ye... Chawww... ^_^

Monday, 15 April 2013

Fuhhh...lega..

Assalamualaikum semua...

Ada tengok tajuk kat atas tak? Ape mknanya tu? Ehehe actually, Farrah baru je selesai temuduga hari ni...fuhhh lega sangattt-sangattt... coz ape? Coz Farrah dah selesai temuduga dengan baik...cuma terpulang pada rezeki Farrah je lagi... kali ni Farrah dah buat sehabis baik... syukur Alhamdulillah...soalan tak lah sesusah yg disangka... penemuduga pun baik dan agak peramah... so tak susah untuk berkomunikasi dengan dorang... and masa temuduga tu Farrah dapat jugak kawan-kawan baru...bez jugak...hehehe

Pengalaman temuduga kali sama jugak macam temuduga yg lepas-lepas...cuma yg kali ni lebih happening lah kot...Farrah jumpa bermacam ragam dan kerenah masa temuduga kali ni...ada yg baru first time temuduga...nervous giler...ada yg sampai lupa nak bawak sijil asal masa temuduga... ada jugak yg jmpa kwn baru then trus jd geng...skjap je dah rapat...dh mcm bestfriend lah pulak...hehe...

Btw, untuk korang yg bkl mghadiri temuduga or yg sdg mghdiri tu...Farrah doakn gud luck untuk korang...jgn lupa buat persediaan tau... ok, next time kita jumpa lagi ek...tata...

Assalam...




Wednesday, 3 April 2013

Dapat interview lagi dan lagi...

Syukur ke hadrat Ilahi...nmpaknya semakin banyak surat tawaran temuduga yg datang kali ni... and sudah tentunya dari Spa... syukur alhamdulillah....hope kali ni Farrah berjaya...cuma Farrah sedikit binggung...yang mana satu yang perlu Farrah fokus ni...semuanya bidang yg Farrah suka and tunggu2 selama ni....

Semalam, Farrah dapat sms dari pihak Spa...ada temuduga separa perubatan 15 april ni...mula2 tu mmg tak perasan lansung coz sekarang pun tengah tunggu tarikh nk temuduga separa perubatan jugak...and setahu Farrah temuduga untuk JM adalah 4 April....so untuk kepastian Farrah bukak la laman web Spa...nak check...and finally Farrah terkejut....Farrah dapat 6 temuduga separa perubatan dalam tarikh yang sama....and yg lebih mengejutkan lagi semuanya jawatan gred u29 iaitu latihan bertaraf diploma.... Farrah tak tau nak cakap ape dah masa tu...mengigil pun ada...sejuk pun ada...berpeluh-peluh pun ada...memang tu yang Farrah tunggu2 selama ni...

Perasaan Farrah masa tu agak bercampur baur....tapi dalam hati memang rasa bersyukur sangat..tak sangka boleh dapat temuduga sekaligus macam tu...macam mimpi pulak...first time pulak tu....hehe... hope kali ni Farrah dapat buat yg terbaik...doakan untuk Farrah ye.....



#Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu....sesungguhnya peluang ini takkan aku lepaskan



Thursday, 28 March 2013

Corat-coret Farrah

Assalamualaikum semua...salam jumaat...and selamat menyambut Good Friday untuk yang beragama kristian...area sarawak public holiday arini.. btw, korang semua apa khabar? tengah buat apa tu? hehe harap2 semua sihat-sihat belaka lah ye...sementara ada keluangan masa sikit ni...Farrah nak updatelah blog ni...boring giler time ni..tak tau nak buat ape lah..

Hmmm..kalau cuti sekolah macam ni diisi dengan aktiviti yang berfaedah kan best kan adik2...jangan lah dok asyik melepak depan tv je ataupun dok asyik habiskan masa dengan aktiviti yang tak mendatangkan untung aje...sekali sekala tu check2 jugak kerja sekolah yang cikgu bagi...jangan nanti besok dah nak sekolah malam ni dah berebut-rebut nak siapkan..dibuatnya tak sempat nak habiskan...macamane? tak pasal2 kena hukum dengan cikgu sebab tak siap kerja sekolah..haaa..kan naye tu..

Untuk yang tak sekolah or yang dah habis study tu..masa2 lapang macam ni korang buat ape ek? share2 lah kat Farrah sikit..hohoho. Btw, hujung minggu ni area Sri Aman, Sarawak ada buat program tau. Teringin pulak nak pergi tengok apa aktiviti yang dijalankan di sana besok. Kalau sempat, Farrah akan uploadkan serba sedikit gambar aktiviti esok. 

OKlah kawan-kawan,sahabat-sahabat,rakan-rakanku sekalian...setakat ni je coretan dalam entry ni kali ni...jemput-jemputlah baca entry-entry dalam blog Farrah ye...nanti ada  masa Farrah coret lagi ye..ASSALAMUALAIKUM...

Monday, 25 March 2013

Bz sesangat!!!

Assalamualaikum semua.. lama rasanya Farrah tak update blog Farrah ni...sekarang ni aktiviti Farrah semakin terhad...coz sekarang Farrah dah bekerja..actually, baru minggu lepas Farrah dapat kerja... kerja biasa2 aje tu...untuk mencari pengalaman lah katakan..daripada dok kat umah tak da buat ape2..baik kita kerja kan...sekurang-kurangnya bagi orang yang macam Farrah ni setakat lepasan spm je...pengalaman bekerja tu penting...nak sambung belajar tu lambat lagi kot... 

Ok,kira ni pengalaman pertama Farrah bekerja di sebuah syarikat insurans sebagai seorang kerani...so banyak nak kena belajar ni...bukan senang nak jadi seorang kerani...tapi Farrah tak kisah..coz ni salah satu kerjaya yang Farrah minat selain dari sebagai seorang akauntan... so Farrah enjoy dengan job ni...even kadang-kadang boring jugak dok sorang-sorang dalam ofis ni takde buat ape2...coz bos selalu aje outstation...

Hmm..dalam Farrah tengah dok sibuk dengan kerja ni... Farrah risau jugak dengan interview next week tu...dekat dah tarikh ni..tapi satu ape tak buat lagi...preparation Farrah 0% huhuhu tu yang runsing sangat sekarang ni...korang ade tips terbaik tak untuk temuduga kerja???? kalau ada boleh share2 sikit kat Farrah... mana tau kot2 interview kali ni melekat...AMIN3

Oklah.. Farrah nak out dah ni...next time kita jumpe lagi eh...tak boleh online lama-lama....hewhew..tata 
Assalamualaikum... ^_^

Thursday, 14 March 2013

Dapat interview lagi

Assalamualaikum dan salam jumaat semua... update terbaru from Cik Lovely yang tengah rajin ni..hewhew... btw, kali ni Farrah nak tulis pasal sendiri je la... actually, semalam Farrah baru je dapat surat interview dari pihak Spa... waa, sukenye..tak tau lah kenapa kali ni Farrah suke sangat dan rasa happy je bila dapat surat interview...padahal selalu jugak dapat interview tapi tak seteruja macam sekarang ni...hehehe pelik betul cik kak sorang ni...apapun Farrah bersyukur sangat....Alhamdulillah...doakan supaya Farrah dapat buat yang terbaik masa interview nanti ye....





#hope kali ni Farrah dapat buat yang terbaik kali ni...aminn

Hobby Masa Lapang

Jika ada masa lapang.. Farrah gemar menghabiskan masa dengan mengedit gambar2...tak kira la gambar sendiri ke gambar orang ke.... semua Farrah edit.... bagi Farrah, bila mengedit..kita boleh mengurangkan rasa tension kita dan ia nampaknya berhasil buat Farrah... kadang2 bila Farrah melepaskan perasaan dengan mengedit , ia melahirkan satu rasa kepuasan...tak tau lah puas dari segi apa....cuma apa yang Farragh tau...Farrah rasa tenang selepas Farrah melepaskan segala apa yang Farrah rasa pada gambar yang Farrah edit...pelik kan? minat seseorang ni memang tak sama... walaupun hasilnya tak lah secantik mana... asalkan hati Farrah tenang..itu sudah cukup memadai buat Farrah.... terima kasih kat photoshop kerana merealisasikan segalanya...ok2.. korang nak tengok tak? Jom...


Inilah hasilnya...










































Wednesday, 13 March 2013

Koleksi Novel Fafa

Assalamualaikum semua....hari ni Farrah nak update blog kesayangan Farrah ni....coz lama terbiar macam tu aje...lagipun rindu sangat sangat nak berblogging ni hehe....btw, entry kali ni Farrah tunjuk kat korang koleksi koleksi novel Farrah...tak ade lah banyak sangat....sebab belum sampai tahap boleh buat library lagi... kalau dah sampai tahap tu Farrah tak boleh nak cakap ape..dah boleh dikatakan banyak dah tu kan hehe... Actually, untuk pengetahuan korang Farrah adalah salah seorang pengemar novel sejak sekolah menengah lagi...tapi mase sekolah dulu Farrah tak banyak kumpul novel...ala kadar je... tapi sejak akhir akhir ni Farrah mula berminat nak kumpul novel... tak tau lah macamana boleh datang minat nak kumpul novel...tapi ape yang Farrah nak bagi tau...Farrah bukan sekadar nak kumpul macam tu aje...of course lah untuk dibaca kan....sekarang ni pun tengah dalam proses nak tambah koleksi baru...cheewahhh berangan je kja aku nih...ehehe... haa...jom...kita tengok koleksi koleksi novel yang Farrah ada.....



 photo 083b8789-1c4f-47f6-bf12-e38eea291ff7_zps16aba80d.jpg



 photo af558c14-d28f-4893-afc1-52c75d75f8b1_zps889db64e.jpg



 photo 92b3b34b-f354-4b00-9a31-a42479fa7869_zpsd5ff3a12.jpg



 photo 14cf655f-bf37-46ca-b789-38601e641f1d_zpsbc568828.jpg



 photo fd09a1e1-0d71-4074-831a-e1c4c758a8c2_zps5d1cf076.jpg


Farrah ade satu impian...kalau boleh suatu hari nanti Farrah nak bukak satu kedai buku...sebab Farrah memang minat sangat dengan buku....doa2kan untuk Farrah semoga impian tu tercapai suatu hari nanti ye... :) Assalamualaikum...