rakan2 kesayanganku

Wednesday, 13 July 2016

Kerjaya dalam Bidang Pergigian

Assalamualaikum semua.. rindunya kat blog nih. Lama rasanya tak menjengah kat sini kan. Harap-harap follower-follower kat sini tak larik la ye...hihihi. Okay untuk entry kali ni Farrah just nak cerita pasal profession dalam bidang pergigian. Tak semua tahu kan pasal bidang nih. Memandangkan Farrah dah pun berkecimpung ke dalam bidang ni, apa kata kita bercerita serba sedikit tentang profession yang ada dalam bidang pergigian ni.

Okey, semua tahu kan dalam bidang pergigian ni adanya doktor gigi. Tapi adakah anda tahu siapa yang bertugas membantu doktor gigi semasa melakukan rawatan dan adakah anda pasti bahawa doktor gigi yang membuat gigi palsu yang anda buat di klinik??? 

Okey.. untuk pengetahuan anda semua..semasa doktor menjalankan rawatan di klinik gigi, anda pasti akan terlihat kelibat seorang pembantu yang berada di sebelah doktor dimana dia membantu menyediakan peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan oleh doktor untuk melakukan rawatan. Adakalanya dia akan membantu anda untuk duduk atau bangun dari kerusi pergigian bukan? Mereka ini dikenali sebagai Pembantu Pembedahan Pergigian. Mereka ini telah dilatih khas oleh pihak KKM untuk membantu pegawai pergigian dalam melakukan rawatan. 

Di samping itu, jika anda berada di sekolah.. anda akan dapati seorang nurse gigi yang akan membuat rawatan ke atas gigi murid-murid sekolah bukan? Mereka ini dikenali sebagai Jururawat Pergigian / Juruterapi Pergigian. Mereka ini ditempatkan di setiap klinik pergigian sekolah untuk memantau kesihatan pergigian murid-murid sekolah serta melakukan rawatan sepertimana yang dilakukan oleh doktor gigi. 

Dan jika anda ingin membuat gigi palsu di klinik, adakah anda fikir doktor gigi yang membuat gigi palsu tersebut. Anda silap...gigi palsu dibuat oleh mereka yang dilatih khas oleh KKM untuk membantu doktor gigi membuat gigi palsu. Namun, anda mungkin jarang berjumpa dengan mereka. Ini adalah kerana mereka ini hanya berada di makmal pergigian. Dan mereka akan membuat gigi palsu anda berdasarkan ukuran yang dibuat oleh doktor gigi ke atas mulut pesakit.

Sekarang anda sudah faham kan...apakah profession yang ada dalam bidang pergigian. Okey..kalau ada adik-adik lepasan SPM/STPM yang berminat dengan kerjaya di atas, boleh la melayari laman web SPA8i dan memohon untuk jawatan ini. oK..Itu saja untuk entry kali ni. Sekian, terima kasih... :)))