photo Untitled-1_zps0aa7cbb3.png

rakan2 kesayanganku

Monday 29 July 2013

Background For July

Assalamualaikum sume! Salam Ramadhan buat rakan-rakan blogger sekalian... Empp! Rasa-rasanya lama dah Farrah tak update background baru untuk korang kan...So kali ni Farrah nak perkenalkan background-background menarik untuk blog...korang pilih lah mana satu yang korang nak ye.... Tapi jangan lupa komen kat entry ni tau! macam biasa hehe... peace yo!



































Sunday 7 July 2013

Reben Comel Untuk Blog

Ok, entry kali ni Farrah nak buat tutorial macamane nak letak reben comel atas header macam blog Lovely Farrah. Actually, ni adalah salah satu cara nak cantikkan blog kita so Farrah dengan senang hatinya nak berkongsi tips/ cara nak cantikkan blog memandangkan Farrah dah lama tak buat tutorial untuk korang kan.


Di SINI Farrah ada sertakan sekali previewnye...korang boleh tengok sendiri..cantik ke tak bila blog korang dihiasi dengan reben comel macam tu.





 Ok, jom kita mulakan...





Mula-mula korang pergi ke Dashboard > Template > Tick Widget





Tekan CTRL + F, dan cari kod </head>




Kalau dah jumpa kod tadi tu, korang copy kot di bawah ni dan pastekan di bawah kod yang korang cari tadi...

<div style=" background-image: url('http://sl.glitter-graphics.net/pub/658/658739fjzww3q102.gif');   width: 100%;  height: 34px; z-index: 100; position: absolute; "></div>


Nota Kaki:

Merah : url imej reben comel korang

Biru : tinggi imej reben comel korang


Preview dan save! Senang je kan?


Dibawah ni Farrah ada letak pilihan reben-reben comel untuk korang. Korang boleh pilih mana satu yang korang nak dengan syarat... kena komen dulu kalau nak ambik okay... ^_^





























































Saturday 6 July 2013

Kampung Girl di Slot Zehra TV3!!!

Semalam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia! baru sahaja melabuhkan tirai di Slot Zehra TV3. Tahniah diucapkan kerana drama tersebut mencapai rating yang tinggi di kalangan penonton-penonton yang setia mengikuti drama tersebut di sepanjang drama itu bersiaran. Minggu hadapan drama Kampung Girl bakal mengisi Slot Zehra mengantikan drama Sebenarnya Saya Isteri Dia! Entry kali ni, Farrah nak ajak korang selidik serba sedikit pasal drama Kampung Girl.







Ok, untuk pengetahuan korang drama ini adalah adaptasi dari novel Kampung Girl yang ditulis oleh Umi Kalsom keluaran dari Karya Seni. Drama ini akal dibintangi oleh Akim Ahmad sebagai Ashraf dan Nad Zainal sebagai Ainnur.







Drama ini mengisahkan tentang Ashraf  Khairi yang dipaksa kahwin dengan Ainnur, sepupunya oleh mummynya. Sejak kecil, Ashraf memang tidak sukakan Ainnur. Hanya cacian dan kutukan yang keluar dari mulut Ashraf bila bersama Ainnur. Ainnur yang rasa tercabar dengan ejekan Ashraf menerima pinangan dari mummy Ashraf. Dia ingin mengajar Ashraf yang sombong dan bongkok itu. Namun, siapa sangka, di saat tarikh pernikahan mereka semakin hampir Ainnur semakin cemas kerana ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Ainnur dari Ashraf. Tanpa diduga, Faisal muncul diantara mereka menagih cinta Ainnur namun Ainnur hanya menganggapnya sebagai abang membuatkan Ashraf cemburu. Namun disebabkan egonya yang terlalu tinggi dia cuba menafikan rasa cinta yang mula berputik di hatinya buat Ainnur. Mereka akhirnya dinikahkan dan rahsia yang tersimpan kemas selama ini terbongkar di malam pertama mereka. Ashraf berasa tertipu hingga membuatkan bencinya terhadap Ainnur bertambah. Apakah yang akan terjadi seterusnya???











































Akim Ahmad sebagai Ashraf Khairi





Nad Zainal sebagai Ainnur






Haa..Jangan lupa tau saksikan drama ni bermula minggu depan!