photo Untitled-1_zps0aa7cbb3.png

rakan2 kesayanganku

Sunday 22 September 2013

Segmen : Skodeng-skodeng novel 3

Hye2...Assalamualaikum...hmm, pagi Isnin yang sungguh cerah... dan indah... ditambah pulak dengan semangat Monday Blues yang datang dari mana entah..hihi... Syukur Alhamdulillah, blog Farrah sudah pun mencecah 10 bulan... bukan 10 tahun ye....hehe... Actually, Farrah dah lama dah ada blog tapi blog Farrah yang sebelum ni dah kena virus...so terpaksa lah tutup...and ni adalah blog terbaru Farrah lah... Oklah, sebelum Farrah makin terok merapu-rapu...baik kita terus ke tajuk utama atau dalam bahasa omputihnye...direct to the point...ewah-ewah speaking lah pulak adusshh!


Untuk entry kali ni, Farrah nak introduce kat korang novel-novel hasil karya Suri Ryana. Pernah dengar nama dia tak? Mesti korang lupa-lupa ingat kan... tapi kalu korang tengok novel dia sure korang terus ingat. Hasil karya beliau vogue tau... kebabom!




M.A.I.D





Ni adalah novel sulung beliau. Kalau korang tahu, novel ini merupakan novel Bestseller dan juga pemenang Anugerah Popular Berita Harian. And novel ni dah banyak kali di ulang cetak. Novel ni sudah pun berada di pasaran sejak tahun 2011.


ISTERI SEPARUH MASA




Ini pulak merupakan novel kedua beliau. Ia juga merupakan pemenang Anugerah Popular Berita Harian pada tahun 2013. Novel ini telah pun berada di pasaran sejak tahun 2012.





PLAYBOY ITU SUAMI AKU?!




Dan ini pulak adalah novel terbaru beliau. Novel ni telahpun berada di pasaran pada April 2013.




Kalau korang nak review hasil karya beliau, korang boleh lah KLIK SINI. Kat situ korang boleh baca semua hasil-hasil karya yang telah beliau kumpulkan. Ok, itu sahaja untuk entry kali ni...jumpa lagi! 



Wednesday 11 September 2013

Segmen : Skodeng-skodeng novel 2

Assalamualaikum...haa, masih ingat pasal entry yang lepas??? ala, yg pasal novel pilihan tu...untuk entry kali ni pulak, Farrah pilih hasil karya E-man Sufi...karya beliau ni pun tak kurang hebatnya tau...setakat yang Farrah tahu, beliau sudah pun menghasilkan 3 buah novel dan Farrah dah baca ketiga-tiga novel tu..best tau... meh, kita skodeng novel-novel beliau...






Suami Yang Ku Benci







Hikayat Cinta Si Pematah Hati






Bukan Kerana Aku Tak Cinta





Farrah kagum dengan hasil karya E-man Sufi ni tau. Dengan pengolahan cerita yang menarik dan beliau bijak mengabungkan ketiga-tiga novel beliau. Farrah memang dah follow dari start novel pertama beliau lagi sampai lah novel yang sekarang ni. Cerita-cerita ni saling berkaitan antara satu sama lain. So, Farrah suggest kat korang supaya korang baca novel-novel beliau ni dari awal, maksud Farrah..baca dari novel yang pertama.. senang sikit nak faham jalan ceritanya. And, sure korang tak rugi pun bila baca hasil karya beliau ni. Memang berbaloi-baloi lah ehehe. Kalau korang nak tahu hasil karya beliau yang seterusnya ataupun ingin mengikuti perkembangan beliau, korang boleh KLIK SINI dan boleh follow terus blog beliau. Ok, untuk entry yang akan datang, Farrah suggest novel-novel yang lain pulak ye.. Tata Titi Tutu...

Segmen : Skodeng-skodeng novel 1

ASSALAMUALAIKUM suma...lama tak update blog... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN sekiranya sebelum ni Farrah pernah terkasar bahasa ke ape... korang ape kabar? raya tahun ni best tak?

Actually, entry kali ni Farrah nak kongsi cerita sikit dengan korang lah... hurm, last week...rumah Farrah kena masuk dek pencuri...and yang sedihnya, lappy kesayangan Farrah yang jadi mangsa...alahai... dah lah dlm tu byk gila bahan-bahan yang Farrah simpan untuk blog Farrah... baru je setahun Farrah beli lappy tu...dah kena curi...malang betul lah... tapi takpe, nak buat macamane kan...  Farrah redha je...

Ok2..tak nak dah sedih-sedih lagi...sekarang Farrah nak kenalkan beberapa buah novel yang menarik di hati Farrah. Kali ni Farrah nak pilih novel hasil karya Kak Melor Jelita. Setakat ni, apa yang Farrah tahu, beliau sudah pun menghasilkan 3 buah novel. Antaranya ialah:




Awak Suka Saya Tak?




I Love You Stupid





My Precious Iris





Sebagai salah seorang peminat karya Kak Melor Jelita, Farrah memang tabik spring lah kat dia coz hasil karya dia memang tip top dengan gaya bahasa yang mudah difahami dan juga jalan cerita yang sedikit sebanyak menyedarkan kita akan isu-isu sekeliling and paling menarik bagi Farrah ialah ia membuka mata Farrah untuk merasa bangga terhadap kerjaya sebagai seorang polis. Sebelum ni, Farrah ingat tugas seorang polis tu sangat-sangat bahaya dan strict dan susah untuk kaum wanita nak handle kerja ni... tapi bila Farrah baca novel ni, Farrah tengok kerjaya ni macam menyeronokkan pulak...sebab tengok watak Iris dan divas-divas walaupun dorang ni ala-ala girl macam tu..tapi dorang ni lasak jugak...especially Iris... and dari sini jugak Farrah dapat tahu tentang kewujudan suksis. Watak Firman pulak serba sedikit menjentik hati Farrah untuk kenal dunia di luar seperti kehidupan di Vietnam yang serba kekurangan. Tak rugi tau kalau korang beli walaupun novel ni tebal mengalahkan kamus...tapi penuh dengan pengajaran. Hope, lepas ni..Kak Melor Jelita akan terus menghasilkan novel-novel yang lebih voke gitu..