photo Untitled-1_zps0aa7cbb3.png

rakan2 kesayanganku

Friday 7 November 2014

Moment Indahku

Perjalanan selama 3 bulan berada di Kolej Latihan Pergigian Malaysia Penang telah banyak memberikan kenangan manis dan tak kurang juga kenangan pahit yang turut terselit di sebaliknya. Alhamdulillah, sekarang dah masok bulan ke 4 Farrah mengikuti Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian. Setakat ni banyak benda yang telah Farrah pelajari. Hmm..lupa pulak kan, lama juga rasanya Farrah tak update blog kesayangan Farrah ni. OkeY..OKey.. Farrah nak share serba sedikit moment indah Farrah bersama-sama rakan-rakan DSA. Alhamdulillah, kat sana Farrah jumpa banyak kawan-kawan baru. Ini adalah antara moment kami sepanjang berada di Penang.




















Thanks you Lisa, Andi, Yaya and also my roomate Khadijah for being my friend sepanjang kita berada di sana. InshaAllah.. tahun 2016 nanti kita jumpa balik ye. Selamat menjalani latihan di PLA masing-masing. Love u all!

Thursday 19 June 2014

Debaran Kian Terasa

Salam Jumaat semua, dup dup dup... macam tak caye je Farrah cuma ada masa 10 hari je lagi kat Sri Aman. Hati tu memang tak boleh nak kata ape dah. Berdebor je kojenyaer hikhikhik. Hope perjalanan dari Kuching ke Penang nanti okey jer. Semua perasaan muncul masa ni takut, gementar, excited, sedih, and tak ketinggalan rasa tak nak pergi pun ade. Apapun, segala urusan kita adalah di tanganNya. Semoga Allah memberkati perjalananku nanti.

Farrah tengah busy uruskan hal surat-menyurat dan borang memborang. Isi borang ni, isi borang tu. Cop sana cop sini. Medical check-up lagi. Next week baru ambik dia punya result. Semua nak kena buat cepat coz masa dah semakin singkat. Kalau boleh Farrah nak make sure semuanya settle sehingga tiba hari nak flight ke Penang tu nanti. Tak nak la ada pulak barang yang tertinggal ke apa. Tu buat naya diri sendiri namanya. Jenuh nak ulang alik ambik barang pulak dah. Bukan dekat jarak dari sini ke sana. Aduhaiii.

Okey, nak dijadikan cerita... semalam Farrah punya lah excited nak packing barang. Masuk barang ni, masuk barang tuu. Tup-tup... kasut sukan pulak hilang. Aiyarkk... baru je beli kot. Tak sempat pun nak merasmi dah hilang pulak dah. Jenuh carik satu rumah tak jugak jumpa-jumpa. Entah mana hilang pun tak tau. Letak dalam rumah kot. Tu pun boleh hilang jugak??? hmmmpp... macam-macam hal lah. Pening pulak kepala dibuatnya. Nak tak nak terpaksa lah beli yang baru. Hope, lepas ni tak de lah problem lain yang muncul.


Kisah selanjutnya bersambung di entry seterusnya. Terima kasih kerana sudi membaca! 

Monday 16 June 2014

Flight Tiket Dah Siap Booking

Alhamdulillah..tengah kalut-kalut camni sempat lah jugak Farrah nak booking flight tiket. Minggu lepas dah mula sibuk dengan urusan sana sini. Pastu semalam pergi buat medical check-up. Next week, keluar lah result. Hope tak ada apa-apa lah kan. Susah hati jugak dibuatnya. Lama dah tak buat medical check-up ni. Paling last pun masa tahun 2008, tu pun sebab terpilih ikut Program Latihan Khidmat Negara. Masa tu memang tak problem lansung tak tau pulak kalau sekarang ni. Al-maklumlah lama dah tahun berlalu kan.. huhuhu...



Lagi 2 minggu, Farrah akan berlepas ke Penang dari Kuching dalam pukul 09.35 pagi camtu. First time tuu naik flight dah lah sorang-sorang takde teman. Takper..takper...Saya okay, Saya dah Besar (Tiru iklan jap..hihihi). Tahun ni, Farrah akan menjalani ibadah puasa kat sana lah memandangkan latihan tu bermula 1 July...and kalau takda rezeki nak balik raya tahun ni, alamatnya beraya lah kita kat sana jugak. Sedih tu memang lah sedih sebab terpaksa berpisah dengan keluarga tahun ni  tapi nak buat macamana... redha je lah. Kiranye kalau ada geng yang sama-sama tak balik raya nanti boleh lah ajak dorang merasa camne beraya kat tempat orang.



Kalau teringin nak makan Kek Lapis Sarawak nanti boleh ler mintak family kirimkan. Sebab, kalau tak ada Kek Lapis tak meriah rayanya. Tu pun kalau kuih tu tak hancur bila sampai sana lah. Ishh, macam tak nak lah pulak. Tak pe lah, nanti kita sendiri yang pegi survey-survey kat sana.. Apapun, terlebih dahulu Farrah nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Moga-moga segala amalan kita mendapat keberkatan.



Monday 9 June 2014

New Addict : My Love From The Star

Sekarang ni Farrah tengah minat dengan satu drama korea terbaru tau. Kira latest la dalam tahun ni. Tajuk drama tu ialah My Love From The Star. Drama ni dibintangi oleh 2 pelakon hebat iaitu Kim Soo Hyun dan Jun Ji-Hyun. Siapa yang minat drama ni confirm tau punye and of course la banyak yang falling in love kat hero dia tu kan. Drama ni telah ke udara sejak beberapa bulan yang lalu dan telah mendapat tempat di hati para peminat drama korea di Malaysia.

Sinopsis : (Ringkasan)

Drama ini mengisahkan tentang seorang makhluk asing yang mendarat ke bumi pada 400 tahun yang lalu yang ketika itu merupakan zaman Dinasti Joseon telah jatuh cinta dengan seorang pelakon wanita yang cantik dan terkenal di era moden yang baru sahaja berpindah di apartment yang sama. Pelbagai kejadian pelik yang berlaku dan dia menyedari dia mula menyukai gadis tersebut namun dia terpaksa melupakan perasaannya itu kerana dia akan balik semula ke planetnya dalam masa 3 bulan.

Di sini Farrah selitkan sekali beberapa scene yang menarik dalam drama ini. Pada yang tak sempat nak tengok tu boleh beli dvd drama ni di pasaran. 


















































Dan ini adalah barisan pelakon yang membintangi drama ini :-



Kim Soo Hyun sebagai Do Min Joon


Jun Ji-Hyun sebagai Cheon Song Yi


Yoo In Na sebagai Yoo Se Mi


Park Hae Jin sebagai Lee Hwi Kyung


Shin Sung Rok sebagai Lee Jae Kyung


Ahn Jae Hyun sebagai Cheon Yoon Jae


Drama ini turut menampilkan beberapa Original Soundtrack yang menarik antaranya ialah :

My Destiny - Lynn
Like A Star - K.Will
My Love From The Star - Younha
Hello/Goodbye - Hyorin
I Love You - Just
Tears Like Today - Huh Gak
Every Moment of Yours - Sung Si-Kyung
In Front Of Your House - Kim Soo Hyun
Every Moment of Yours (Piana version_) - Sung Si-Kyung

Tuesday 13 May 2014

VTC TEAM...

Alhamdulillah...  syukur ke Hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan umur. Maka kali ni, Farrah nak sambung entry yang lepas di mana kita cite pasal surat tawaran. Kali ni pulak, Farrah nak cite pasal ... (baca lah entry di bawah)

Bulan ni Farrah akan meninggalkan tempat kerja Farrah di mana selama ni Farrah menimba pengalaman serta meluaskan pengetahuan dalam dunia kerjaya. Sedih jugak rasanya nak tinggalkan syarikat memandangkan majikan Farrah baik sangat orangnya serta banyak beri tunjuk ajar pada Farrah selama Farrah bekerja di sana. Walaupun kami berlainan bangsa, itu tidak menjadi masalah untuk Farrah bekerja di bawah mereka.

Kalau diingatkan balik, dari mula Farrah berkerja di situ... pengetahuan yang ada pada Farrah memang nipis. Farrah akui sebelum ni Farrah memang tak ada pengalaman lansung dalam bidang ni. Tapi berkat tunjuk ajar dari mereka, Farrah mula selesa dengan kerja ni dan Farrah rasa seronok sangat bekerja di situ. Dengan keadaan yang kurang tekanan, suasana pejabat yang tenang membuatkan Farrah dapat menyesuaikan diri dengan selesa hinggalah sekarang. Di sana lah Farrah asah skill berkomputer yang Farrah belajar sebelum ni dan Farrah bersyukur sangat sebab dapat bos yang memahami dan sabar dalam memberi tunjuk ajar.

Alhamdulillah, Farrah dah bekerja di situ hampir setahun lebih dah. Sekarang Farrah dah mula faham selok-belok pasal dunia perkeranian. Tapi akhir bulan ni Farrah terpaksa tinggalkan kerja ni kerana Farrah dapat peluang pekerjaan yang lebih mencerahkan lagi masa depan Farrah. Siapa tak sedih bila terpaksa tinggalkan tempat tu tapi apa kan daya, Farrah kena kejar impian Farrah. Walaupun kerjaya yang bakal Farrah ceburi selepas ni bukanlah seperti yang Farrah impikan sejak kecil dulu tapi Farrah terima dengan rasa bersyukur kerana Farrah diberikan peluang seperti ini.

Farrah harap penganti Farrah nanti dapat jalankan tugas dengan baik. Selamat tinggal VTC TEAM...


Kisah selanjutnya dalam entri yang seterusnya....

Sunday 11 May 2014

Rezeki Tahun 2014

Assalamualaikum kengkawan sume. Urmm... lamenya Farrah tak update blog ni. Rindu pulak nak update perkembangan terkini Farrah kat sini. Rindu pulak rasanya jari ni nak menaip hehe...

Actually, banyak benda yang Farrah nak kongsi kali ni. Antaranya ialah... tahun ni Farrah dapat tawaran untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Pembantu Pembedahan Pergigian KKM sesi Julai 2014. Farrah pun tak sangka yang Farrah dapat tawaran ni sebenarnya sebab aritu Farrah dapat calon simpanan je.




Tu pun Farrah still tak caye lagi sebenarnya sebab mula-mula dulu Farrah dapat tahu pasal ni masa Farrah buat panggilan ke bahagian SPA. Masa tu, Farrah sebenarnya nak tukar tempat temuduga sebab tarikh temuduga SPA masa tu terlalu rapat. Alih-alih dapat tau pula yang Farrah tak perlu hadiri temuduga tu sebab Farrah still calon simpanan untuk jawatan tu. Then, dorang cakap Farrah kena standby untuk ikut latihan July nanti. Huishhh, punya lah terkejut dan tak sangka. Yelaa.. selama ni Farrah memang impikan semua tu. Rasa nak nangis pun ada. Macam-macam rasalah yang timbul masa tu tapi Farrah cuba kontrol lah takut dorang main-main ke ape.Tapi Alhamdulillah... ada pulak surat dari pihak SPA datang menyatakan perkara yang sama. 





Sekarang ni, Farrah cuma tunggu surat tawaran dari pihak KKM je lagi sebab aritu Farrah check, dorang belum update lagi. Hope bulan Jun nanti adalah surat tu. Bila surat tu dah ada nanti, baru Farrah akan buat persediaan untuk ke sana. Doakan yang terbaik buat Farrah ye semua :)


Kisah selanjutnya akan bersambung ke entri yang akan datang. Terima kasih kerana membaca.