photo Untitled-1_zps0aa7cbb3.png

rakan2 kesayanganku

Tuesday 1 October 2013

Drama Love You Mr. Arrogant

Assalamualaikum...hye semua... apa khabar? Farrah arini agak kurang sihat sikit...biasalah bila dah penyakit batuk-batuk dah menyerang mula lah tak senang duduk kan. Tak selesa dibuatnya. Hope korang sihat-sihat belaka lah ye..aminnn. Ok, entry kali ni..Farrah nak cerita pasal drama terbaru yang mengantikan drama Cinta Jannah yang baru sahaja melabuhkan tirainya minggu lepas. Kepada peminat-peminat novel mesti korang memang ternanti-nanti drama ni kan..drama apa lagi kalau tak bukan drama Love You Mr. Arrogant adaptasi dari sebuah novel keluaran syarikat Karya Seni. Jom kita review...serba sedikit info pasal drama ni.







Actually, drama ni diadaptasi dari sebuah novel yang berjudul Love You Mr. Arrogant hasil karya Aliesha Kirana. Farrah pun dah lama dah beli novel ni. Di bawah ni Farrah ada letakkan sekali sinopsisnya.


Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.
"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. 
"Apa? Atas lantai ni?"
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. 
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...


Untuk versi drama pula, LYMA ni dibintangi oleh 2 gandingan pelakon yang boleh dikata masih baru lagi dalam dunia lakonan ni.





Ini adalah pelakon utama drama Love You Mr Arrogant



Azlee Khairi sebagai Zarief Irham





Zaara Zya sebagai Zaara Amirah



Ia juga turut dibintangi oleh beberapa pelakon pembantu iaitu:


Haneez Suraya sebagai Sherry




Anzalna Nasir sebagai Fiz



Keith Foo sebagai Hardy Hakimi



Norish Karman sebagai Puan Seri Maryam




Dan dibawah ni Farrah selitkan sekali antara scene-scene yang menarik dalam drama ni.













































Drama ini sudah mula ditayangkan pada 25 September yang lepas di Slot Akasia pada jam 7 petang di TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis. Ok, sekian sahaja untuk info kali ni. Jumpa lagi!