photo Untitled-1_zps0aa7cbb3.png

rakan2 kesayanganku

Sunday 19 May 2013

Novel-novel keluaran terbaru untuk bulan ni...

ASSALAMUALAIKUM semua... Apa khabar warga-warga blogger sekalian... lama rasa nya tak buat entry baru untuk blog nih..rindu giler kat nak menaip balik huhuw... lama rasanya kita tak skodeng novel-novel baru yang tengah HOT di pasaran sekarang kan...


Entry kali ni Farrah nak introduce kat korang novel baru yang menarik... dan seperti biasa Farrah akan fokus kat novel keluaran Karya Seni coz almost novel keluaran syarikat memang "syok" giler...hehehe
Haaa..nak tau ape dia novel-novel yang menarik..jom ikut Farrah skodeng ngeeeee....


Ok disini Farrah dah sediakan beberapa tajuk novel yang boleh tahan.. chewahhh...


Bukan Aku Tak Cinta - Eman Sufi



"Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?"

"Untuk buktikan cinta Mas kat abang..terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang.. Mas tak tahu berenang!"

"Mastura!!!!!!"

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta keran tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Sifatnya yang tenang,rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya, Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantikk, kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak behitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

"Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?"

"Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu... Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas."

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan? Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gangster! Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.



Meh sandar pada aku! - Aifa Batrisya



Kata orang, tak kenal...maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal asyik nak menyakitkan hati sahaja..buat apa? - Afnan Tasneem

Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.


Berdepan dengan spesis lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Lansung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar tak pernah ada. Matanya pula lansung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!


"Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?"

"Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?"

"Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!"


Dalam marah, dalam herdik...tanpa sedar nama gadis itu mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong tanpa kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu  dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.


"Aku apa?"

"Tak ada apa-apa, Doktor Syed.."

"Aku tanya sekali lagi. Aku apa?"

"Errr... Doktor Syed kan handsome! tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?"


Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.

Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di baeah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?



Suamiku pemalu! - Qistina Alya




SAHRUL HAKIMI - Dia sememangnya lelaki pemalu! Peristiwa lampau membuatkan dia malu berhadapan dengan perempuan. Nampak sahaja perempuan, dia akan tertunduk hingga merah pipinya. Namun, hatinya ada pada Farisya Alya. Kebahagiaan mula menyinar pada saat pinangannya diterima.


"Kenapa awak terima saya, ya?"

"Sebab awak pemalu!"


FARISHA ALYA - Pinangan Irul diterima ikhlas. Dia nekad membina gerbang cinta bersama suami yang pemalu itu.


Irul bukanlah seorang pakar cinta. Tetapi Irul belajar menjadi seorang pencinta yang mampu membahagiakan orang yang dicintai.


"Sayang, duduklah dalam troli ni. Biar abang tolak."

"Mengarutlah abang ni. Isha dah besarlah. Takkan nak duduk dalam tu lagi. Macam budak-budak aje."

"Hehe, gurau ajelah sayang."


Bermulalah episod cinta sang suami dan sang isteri.

Tetapi, bukan rumah tangga namanya tanpa disentuh badai. Kedegilan dan kesilapan Farisha Alya telah mengundang amarah Sahirul Hakimi hingga membawa babak duka dalam perhubungan mereka.


Rajuk Alya meresahkan Sahirul Hakimi. Mampukah dia yang pemalu itu kembali memikat isterinya?


p/s: Haa..dah puas skodeng kan? kalau belum puas korang klik sendiri KAT SINI ok! Selamat membaca.... ^_^

Thursday 16 May 2013

Entry For May

Assalamualaikum sume...apa khabar...bulan May menjelma lagi... Seperti yang kita tahu banyak yang hari yang bakal kita sambut kan...antaranya....hari ni...korang ingat tak hari ape...takkan tak ingat kot.... btw, hari ni adalah hari guru...so Farrah nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru-guru di Malaysia....terutamanya guru yang pernah mengajar Farrah dari sekolah tadika hingga ke sekolah menengah...terima kasih cikgu...jasamu kan ku kenang selalu..

Dan seperti yang kita tahu, minggu lepas adalah merupakan hari ibu...so rasanya belum terlambat lagi untuk Farrah nak ucapkan SELAMAT HARI IBU buat ibu tersayang.. Fazidah@Pridah Abdul Hamid... love u so much.... terima kasih kerana melahirkan aku ke dunia serta mengajarku erti hidup... Tak lupa juga buat jururawat-jururawat di Malaysia... SELAMAT HARI JURURAWAT...  

Ok...untuk entry yang akan datang..kalau ada masa yang terluang Farrah akan update novel-novel terkini keluaran terbaru untuk korang ye... Chawww... ^_^

Wednesday 8 May 2013

Aishiteru 3 by Zivilia


Ketika kau marah dan cemburu 
Kau kelihatan begitu cantik 
Walau kadang mengesalkan 
Kau selalu bertanya dan penuh curiga 
Ku tahu kau takut kehilanganku

 
Begitupun aku, maafkan yang 
Selalu kasar marah padamu 
Meski tak lagi ada kata 
Cinta terucap, sekedar basa-basi 
Tapi hatiku masih milikmu, milikmu 


c/o:
Cemburu tanda cinta 
Marah tandanya sayang 
Kalau curiga itu karena ku takut kehilangan 
Kalau dekat bertengkar, 
kalau jauh ku rindu 
Jadi serba salah, 
buatku dilema 
Tapi aku selalu aishiteru 


Mengapa kau marah tanpa alasan yang jelas 
Aku tak mengerti, angkuh dan egois 
Acuh tak acuh padaku seakan tak peduli 
Padahal kau butuh perhatianku 
Begitupun aku, maafkan yang 
Selalu kasar marah padamu 
Meski tak lagi ada kata 
Cinta terucap, sekedar basa-basi 
Tapi hatiku masih milikmu, 
milikmu 


Cemburu tanda cinta 
Marah tandanya sayang 
Kalau curiga itu karena ku takut kehilangan 
Kalau dekat bertengkar, 
kalau jauh ku rindu 
Jadi serba salah, 
buatku dilema 
Tapi aku selalu aishiteru 


(japanese) 


Cemburu tanda cinta 
Marah tandanya sayang 
Kalau curiga itu karena ku takut kehilangan 
Kalau dekat bertengkar, 
kalau jauh ku rindu 
Jadi serba salah, 
buatku dilema 
Tapi aku selalu ai-aishiteru, selalu ai-aishiteru