rakan2 kesayanganku

Tuesday, 13 May 2014

VTC TEAM...

Alhamdulillah...  syukur ke Hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan umur. Maka kali ni, Farrah nak sambung entry yang lepas di mana kita cite pasal surat tawaran. Kali ni pulak, Farrah nak cite pasal ... (baca lah entry di bawah)

Bulan ni Farrah akan meninggalkan tempat kerja Farrah di mana selama ni Farrah menimba pengalaman serta meluaskan pengetahuan dalam dunia kerjaya. Sedih jugak rasanya nak tinggalkan syarikat memandangkan majikan Farrah baik sangat orangnya serta banyak beri tunjuk ajar pada Farrah selama Farrah bekerja di sana. Walaupun kami berlainan bangsa, itu tidak menjadi masalah untuk Farrah bekerja di bawah mereka.

Kalau diingatkan balik, dari mula Farrah berkerja di situ... pengetahuan yang ada pada Farrah memang nipis. Farrah akui sebelum ni Farrah memang tak ada pengalaman lansung dalam bidang ni. Tapi berkat tunjuk ajar dari mereka, Farrah mula selesa dengan kerja ni dan Farrah rasa seronok sangat bekerja di situ. Dengan keadaan yang kurang tekanan, suasana pejabat yang tenang membuatkan Farrah dapat menyesuaikan diri dengan selesa hinggalah sekarang. Di sana lah Farrah asah skill berkomputer yang Farrah belajar sebelum ni dan Farrah bersyukur sangat sebab dapat bos yang memahami dan sabar dalam memberi tunjuk ajar.

Alhamdulillah, Farrah dah bekerja di situ hampir setahun lebih dah. Sekarang Farrah dah mula faham selok-belok pasal dunia perkeranian. Tapi akhir bulan ni Farrah terpaksa tinggalkan kerja ni kerana Farrah dapat peluang pekerjaan yang lebih mencerahkan lagi masa depan Farrah. Siapa tak sedih bila terpaksa tinggalkan tempat tu tapi apa kan daya, Farrah kena kejar impian Farrah. Walaupun kerjaya yang bakal Farrah ceburi selepas ni bukanlah seperti yang Farrah impikan sejak kecil dulu tapi Farrah terima dengan rasa bersyukur kerana Farrah diberikan peluang seperti ini.

Farrah harap penganti Farrah nanti dapat jalankan tugas dengan baik. Selamat tinggal VTC TEAM...


Kisah selanjutnya dalam entri yang seterusnya....

No comments:

Post a Comment