rakan2 kesayanganku

Thursday, 19 June 2014

Debaran Kian Terasa

Salam Jumaat semua, dup dup dup... macam tak caye je Farrah cuma ada masa 10 hari je lagi kat Sri Aman. Hati tu memang tak boleh nak kata ape dah. Berdebor je kojenyaer hikhikhik. Hope perjalanan dari Kuching ke Penang nanti okey jer. Semua perasaan muncul masa ni takut, gementar, excited, sedih, and tak ketinggalan rasa tak nak pergi pun ade. Apapun, segala urusan kita adalah di tanganNya. Semoga Allah memberkati perjalananku nanti.

Farrah tengah busy uruskan hal surat-menyurat dan borang memborang. Isi borang ni, isi borang tu. Cop sana cop sini. Medical check-up lagi. Next week baru ambik dia punya result. Semua nak kena buat cepat coz masa dah semakin singkat. Kalau boleh Farrah nak make sure semuanya settle sehingga tiba hari nak flight ke Penang tu nanti. Tak nak la ada pulak barang yang tertinggal ke apa. Tu buat naya diri sendiri namanya. Jenuh nak ulang alik ambik barang pulak dah. Bukan dekat jarak dari sini ke sana. Aduhaiii.

Okey, nak dijadikan cerita... semalam Farrah punya lah excited nak packing barang. Masuk barang ni, masuk barang tuu. Tup-tup... kasut sukan pulak hilang. Aiyarkk... baru je beli kot. Tak sempat pun nak merasmi dah hilang pulak dah. Jenuh carik satu rumah tak jugak jumpa-jumpa. Entah mana hilang pun tak tau. Letak dalam rumah kot. Tu pun boleh hilang jugak??? hmmmpp... macam-macam hal lah. Pening pulak kepala dibuatnya. Nak tak nak terpaksa lah beli yang baru. Hope, lepas ni tak de lah problem lain yang muncul.


Kisah selanjutnya bersambung di entry seterusnya. Terima kasih kerana sudi membaca! 

No comments:

Post a Comment