photo Untitled-1_zps0aa7cbb3.png

rakan2 kesayanganku

Thursday, 20 June 2013

Elakkan Dari Gaduh Dalam Facebook

Dunia sekarang apa-apa je kita mesti update dekat Facebook kan. Tak kira lah kita tengah buat apa ataupun pergi mana. Atau dalam erti kata lain segalanya pasal kita pasti kita akan letak kat Facebook. Sampaikan gaduh pun dekat Facebook jugak. Pernahkah korang terfikir yang Facebook tu adalah satu punca atau faktor yang mengundang pergaduhan atau pertelingkahan sesama friend-friend di Facebook????



Seperti yang Farrah selalu tengok dekat Facebook, banyak diantara kita sengaja update status yang boleh menyakitkan hati orang lain bukan? Ada jugak yang jadikan Facebook ni sebagai tempat untuk sindir-menyindir. Tak ketinggalan juga, ada yang gunakan Facebook tu untuk cari gaduh. Akibatnya akan berlaku pergaduhan yang besar. Sorang serang wall sana. Sorang serang wall sini. Sorang tag sana. Sorang tag sini. Hingga membabitkan orang luar yang masuk campur. Tak baik tau macam tu. Farrah juga satu ketika dulu pernah jugak terlibat dalam gaduh-gaduh macam ni. Puncanya Facebook ni lah. Bila ingat balik, macam bodoh je gaduh-gaduh macam tu. Bagi semua orang tengok kelemahan kita.



So, berdasarkan pengalaman yang lepas tu Farrah nasihatkan korang kalau boleh janganlah gaduh-gaduh ataupun cari pasal kat Facebook tu. Malu kalau orang tengok. And buat kawan-kawan yang tak puas hati tu better korang face to face lah sesama korang . Dari korang tunjuk berani sangat kat Facebook tu. Lagipun Facebook tu bukan medan peperangan. Facebook tu untuk kita cari kawan, tambah kawan dan mengeratkan silaturrahim bukan nya cari gaduh atau memaki hamun orang. Kadang-kadang Farrah tengok bukan setakat yang muda-muda je gaduh kat sana. Yang tua pun ada jugak. Siap dengan caci maki lagi. Bukankah itu mempamerkan lagi kelemahan kita. 



Disini Farrah bagi tips untuk korang elak dari terjebak dalam pergaduhan Facebook ni.

1. Tenangkan diri seketika - bila anda berdepan dengan keadaan macamni adalah lebih baik untuk kita menenangkan diri seketika. Bila kita tenang maka kita boleh berfikir dengan betul. Ini boleh mengelakkan kita dari melakukan tindakan di luar dugaan.

2. Jangan membalas perbuatan mereka - Sebagai contoh, jika seseorang itu sengaja atau cuba menyakitkan hati anda dengan mengupdate status-status yang boleh menyebabkan anda marah. Jangan balas balik perbuatan mereka kerana jika anda berbuat perkara yang sama ia akan menjadikan keadaan semakin tegang dan boleh mencetuskan pergaduhan besar sesama korang. 

3. Bersabar - sekalipun anda sakit hati, jangan cepat naik angin. Sabar kerana itu adalah cara yang terbaik untuk kita dari terjebak dengan pergaduhan itu.

4. Block atau Remove - jika mereka masih juga ingin menyakitkan hati anda, apa kata anda block atau remove mereka dari senarai friendlist anda. Itu boleh mengelakkan mereka dari terus menyakiti hati kita.

5. Berbincang - kalau anda adalah seorang yang matang, apa kata anda tanya sendiri dengan mereka apa yang mereka tak puas hati dengan anda. Tapi elakkan dari mengunakan bahasa yang kasar kerana bimbang keadaan akan menjadi lebih teruk jika berbuat demikian.

6. Mengalah - ia tidak beerti anda kalah. Ia menunjukkan anda seorang yang tenang dan matang. Pergaduhan bukanlah cara yang baik untuk menyelesaikan masalah.

7. Memohon maaf - fikirkan bahawa memohon maaf itu sebagai satu komitmen terhadap hubungan persahabatan dan bukannya kelemahan diri. Dengan meminta maaf kita boleh menjernihkan suasana.




No comments:

Post a Comment