Untuk entry yang lepas Farrah cerita pasal drama Teduhan Kasih kan? Ok, kali ni pula, Farrah nak buat entry untuk drama Sebenarnya Saya Isteri Dia! pula... seperti yang korang semua tau (untuk yang pernah baca novel ni) novel ni adalah antara novel terlaris keluaran syarikat Karya Seni. Jalan cerita yang menarik dan juga penggunaan bahasa yang mudah difahami, membuatkan ramai yang meminati novel ini. Farrah adalah salah seorang daripadanya lah hihi... Dan lebih menarik lagi, novel ini diadaptasi pula menjadi sebuah drama...dan ternyata, ia mendapat sambutan yang hangat. Korang ada mengikuti drama ni tak? Jom kita tinjau info-info yang Farrah dapat mengenai drama ni.
Cinta pertama tak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi kepada Syafa Aqira dan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman unuiversiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farist bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan redha walaupun dia tahu yang perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan kasih kepada Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." - FIRASH
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." - SYAFA AQIRA
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai seorang isteri lansung tidak diperdulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukkan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku dalam dalam hati.
Semuanya sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba mendekati Syaf dan kala itu Firash mula menyedari dia mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk rumah tu. Ada baiknya awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je." -SYAFA AQIRA
"Ye ke? Atau awak risau saya pergi dating dengan orang lain?" - FIRASH ARSHAD
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syaf akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah yang terindah dalam hidupnya. Dia sanggup berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! tak ingin pun! " - SYAFA AQIRA
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje smapai lenguh paha saya nak tanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" - FIRASH ARSHAD
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?
Para Pelakon:
Izzue Islam sebagai Firash Arshad
Tiz Zakyah sebagai Syafa Aqira
Qi Razali sebagai Hakimi
Uqasha Senrose sebagai Raina
Azlee Khairi sebagai Raimy
Dan ini adalah antara pic-pic menarik dalam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia
Jangan lupa tau saksikan drama ni di tv3 setiap hari Jumaat..Jam 9 mlm...dan Farrah nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Izzue Islam yang baru sahaja melansungkan perkahwinannya awal bulan lepas. Semoga Bahagia hingga ke anak cucu. Jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment