photo Untitled-1_zps0aa7cbb3.png

rakan2 kesayanganku

Saturday 12 January 2013

Cinta Si Cantik Manis 1

"Panasnya cuaca hari ni, macam nak terbakar badan aku dibuatnya." Feqril mendongak ke atas. Berada di tapak pembinaan dalam waktu sebegini memang agak meletihkan lebih-lebih lagi dalam cuaca panas terik sebegini. Feqril mengesat peluh yang kian memercik di dahinya. Bajunya juga mulai basah dek kerana peluh yang kian mengalir. Ingin rasanya dia pulang segera ke rumah namun disebabkan masih ada perkara yang perlu dibincangkan dengan pekerjanya terpaksalah dia bertahan lebih lama sikit dalam cuaca panas sebegini. 



"Fuhh, leganya.. akhirnya selesai jugak urusan aku kat tapak pembinaan tu.Punyelah lama tercegat kat situ. Dahlah cuaca terik macam ni nak kena turun ke site lagi. Aduhhh, ni yang aku tak suke ni." Feqril mula mengeluh sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Shahril yang mendengar keluhan dari rakannya itu hanya menggelengkan kepala dan tersenyum. "Alaa, kau ni takkan kena matahari sikit pun kau nak merengek kot? macam pompuan lah kau ni. Kau ada masalah 'gen' eh? aku punye lama tercegat tunggu kontraktor datang tadi pun tak merengek macam kau tu tau tak? Rilek la bro tak macho la kalau merengek pasal cuaca panas macam ni." Feqril memandang wajah rakannya itu. "Yang kau merepek sampai ke 'gen' aku pun kau sebut tu apasal? Aku ni dah berpeluh sakan tau tak? Sampai melekit-lekit badan aku ni ha.. lepas ni kau hantar aku balik rumah kejap eh. Aku nak mandi la. Busuk dah ni. Kang tak pasal-pasal jatuh status 'lelaki idaman' aku ni tau he he he~" 




Shahril mencebik. "Eh, perasan pulak mamat sekor ni. Tau lah kau tu hensem tapi tak payah buat statement melampau camtu. Kau ingat muka orang sebelah kau ni tak hensem ke? " Feqril ketawa mengekek bila mendengar celoteh kawannya itu.  "Kau hensem tapi kalau nak challenge dengan aku memang kalah la beb ahahaha.." Shahril tidak mahu mengaku kalah. "Ek eleh, setakat muka hensem tapi sampai sekarang tak kahwin-kahwin tak ada maknanya lah. Anak aku dah nak masuk 3 orang dah pun, kau masih jugak membujang. Kau nak tunggu sampai bila ni Feqril? sampai kau dah tua kerepot nanti baru nak kahwin macam tu? Kalau si Zetty tu tak nak kahwin dengan kau, cari je gadis lain. Bukan tak ada yang nakkan kau, kau tu je yang memilih. Setia sangat dengan Zetty, pompuan gedik tu. Aku naik geli-geliman tengok perangai dia tu tau tak.Tergesel sana tergesel sini. Macamana kau boleh tahan dengan perangai gedik dia tu ar?"




Feqril mula mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal itu." Alahai, kau ni macam mak nenek la membebel je kerja. Bingit telinga aku ni tau tak? Dah, baik kau hantar aku balik rumah cepat aku nak mandi ni. Dah gatal-gatal badan aku ni ha." Shahril mengelengkan kepala melihat perangai kawan karibnya yang seorang itu. Pantang sekali buah hatinya disebut mulalah nak ubah topik. "Sayang sangat kat buah hati lah tu" bebelnya dalam hati. Kereta mula dihidupkan dan bergerak keluar dari tapak pembinaan. Sebagaimana yang diminta oleh rakannya, Shahril menghantar Feqril pulang ke rumah sebentar dan kemudian mereka sama-sama balik ke pejabat selepas minum petang.



No comments:

Post a Comment