photo Untitled-1_zps0aa7cbb3.png

rakan2 kesayanganku

Saturday 12 January 2013

Cinta Si Cantik Manis 9


Selepas hari itu, Feqril seolah-olah tidak mempedulikan kehadiran Zaraa. Segala urusan pejabat dilakukan seperti biasa seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku antara mereka. Zaraa mati kutu. Dia jadi buntu untuk membuat pilihan samada untuk menerima atau menolak cinta Feqril. Namun dia perasan bahawa sejak peristiwa beberapa hari yang lalu, tiada lagi jambangan bunga singgah ke mejanya. Hatinya mulai gelisah. Dia tertanya-tanya mengapakah Feqril tidak lagi cuba 'mendekatinya' seperti selalu. Dulu, bukan main lagi dia jual mahal bila Feqril berusaha untuk memikatnya namun kini bila Feqril sudah tidak 'mempedulikannya' lagi dia pula yang separuh nanar.



"Hmm..apasal mamat tu tak jengok aku lagi eh? takkan la dia dah benci kat aku kot? bukan aku ada buat salah pun. Aritu dia jugak yang bagi aku tempoh untuk buat keputusan. Alahai hati, rindunya aku kat mamat tu. Nak tatap wajah dia pun payah ni," gumamnya dalam hati.



Tak lama selepas itu, muncul kelibat Feqril keluar dari biliknya menuju ke meja Zaraa.



"Kalau ada siapa-siapa yang call cari atau hubungi saya, cakap saya keluar jumpa client dengan Shahril. Dalam pukul 4 camtu baru saya balik," kata Feqril bersahaja sambil berlalu pergi. Zaraa hanya mengangguk.



"Ai, tu je dia cakap kat aku. Ucap la ' i love u' ke, ' I miss you' ke kat aku. Aku ni dah separuh nyawa rindukan dia tau tak. Sengaja je nak seksa perasaan aku ni. Eee, bencinya!" gerutunya sambil merenyuk-renyuk kertas di tangannya.



Feqril dan Shahril yang memerhati kelakuan Zaraa disebalik pintu menahan tawa. Lantas, Shahril menepuk-nepuk bahu rakannya.




"Syabas bro, nampaknya kau dah dapat respon positif dari dia. Amacam taktik aku? mantap tak? " soal Shahril sambil tersengih-sengih.



"Mantap sangat-sangat. Terima kasih bro, sebab ajar aku macamana nak pikat dia. Kalau kau tak ada tak taulah aku nak buat apa dah," kata Feqril sambil berjabat tangan dengan rakannya.



"Small matter bro. Ha? kata nak belanja aku makan tadi kan? jom lah, aku tak sabar dah ni. Lapar bebenor perut aku ni dah," kata Shahril sambil memegang perutnya.



"Oleh sebab kau dah banyak tolong aku, kau order je apa-apa je yang kau nak. Aku belanja," kata Feqril.



"Cantik!" jawab Shahril sambil menunjukkan isyarat 'thump up'.

No comments:

Post a Comment