photo Untitled-1_zps0aa7cbb3.png

rakan2 kesayanganku

Tuesday 11 June 2013

Teduhan Kasih Oh Teduhan Kasih!!!

Hye...korang ada tonton cerita Teduhan Kasih tak? Itu lah salah satu adaptasi novel dari Karya Seni tau...best giler cerita tu kan... Farrah memang stay depan tv tau bila drama tu mula bersiaran di tv. Kepada kawan-kawan yang masih belum menonton tu korang boleh follow cerita tu kat TONTON ataupun korang boleh get ready dudok depan tv setiap Isnin hingga Khamis...jam 7 malam...di TV3. Rugi tau kalau tak follow...memang tip top lah cerita tu...entry kali ni Farrah nak promo sikit pasal cerita ni... kat bawah ni Farrah upload beberapa gambar dari drama tu...dan juga sedikit info pasal drama tu...Kepada kawan-kawan yang minat sesangat dengan drama tu...entry kali ni khas untuk korang hehe... Jom Skodeng





Sinopsis:

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" - RYZAL

Sampainya hati Ryzal, hanya keran kasihnya tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia menjatuhkan talak.

Dan ketika aku merasakan aku sudah tidak ada siapa-siapa lagi di dunia dan jalan yang bakal ku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekaligus meletakkan akau diantara KEIKHLASAN dan KENANGAN SEMALAM.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapu yang berlaku , kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hati abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai satu keluarga. Abang tahu pintu hati Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki, tapi tolonglah fikirkan cadangan abang ini." - EHSAN

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang ku cintai separuh nyawa juga mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Tapi aku tahu hanya pada Ehsan sahaja kami menumpang teduh.





Para Pelakon:


Sherry Ibrahim sebagai Iffa



Ady Putra sebagai Ehsan


Nabila Huda sebagai Ayu


Shah Iskandar sebagai Ryzal




Haaa..kat sini Farrah letak antara pic yang menarik dari drama Teduhan Kasih





















































Jangan lupa tau saksikan drama ni..sure korang tak rugi punye..chewahh punya lah beriya-riya nak promo ni... coz dah minat giler tengok drama ni..hehe... See ya!

No comments:

Post a Comment