photo Untitled-1_zps0aa7cbb3.png

rakan2 kesayanganku

Thursday 13 June 2013

Kenali Kumpulan TVXQ

Suatu ketika dahulu, adakah anda salah seorang peminat kumpulan Tvxq? Saya adalah salah seorang peminat dorang... Jom kita imbau kembali sejarah penubuhan kumpulan kelahiran korea ini.


TVXQ adalah singkatan kepada Tong Vfang Xien Qi. Di Korea Selatan, mereka dikenali sebagai Dong Bang Shin Ki a.k.a DBSK manakala di Jepun, mereka dikenali sebagai Tohoshinki. Mereka bernaung di bawah syarikat SM Entertaiment selepas debut pada tahun 2003. Di anggotai oleh lima anak muda iaitu U-know Yun Ho sebagai ketua, Max Changmin, Hero Jae Joong, Micky Yoochun dan Xiah Junsu. Sebelum debut, kumpulan ini mempunyai beberapa nama sementara iaitu O Jang Yukbu (The Five Vicreas), Jeonseoleul Meokgo Saneun Gorae (A Whale That Eat Legends) dan Dang Bang Bul Pae (dikenali sebagai Invisible East di Korea). Mereka memutuskan untuk memilih nama Dong Bang Bul Pae namun nama itu ditolak oleh Hanja-nya kerana tidak mempunyai nilai estetika. Akhirnya, nama itu di ubah Lee Soo Man kepada Dong Bang Shin Ki.






Pada tahun 2003, kumpulan ini debut dengan single mereka yang berjudul Hug dan versi acapella dari lagu "A Holy Night" bersama Boa dan mengeluarkan single debut mereka pada Januari 2004  yang berjaya mencapai tangga ke 4 carta lagu bulanan dan jualan lagu sebanyak 169,532 copy. Single kedua mereka, "The Way You Are" berjaya menduduki tangga ke 2 dalam pelbagai carta lagu dan jualan lagu mencecah 214,069 copy. Dan pada Oktober 2004, kumpulan ini mengeluarkan album debut mereka yang berjudul Tri-Angle yang berjaya menduduki tangga pertama dalam carta lagu korea dengan jualan album sebanyak 242,580 copy. 






Pada April 2005, kumpulan ini debut dengan single "Stay With Me Tonight" dibawah naungan Alex yang merupakan sub-label dari Rhythm Zone. Mereka mengeluarkan single Jepun kedua mereka yang bertajuk "Somebody To Love" sebelum kembali semula ke Korea. Sekembalinya mereka ke Korea, mereka mengeluarkan single album kedua mereka yang bertajuk "Rising Sun" yang berjaya menduduki tangga pertama dalam pelbagai carta lagu Korea dengan jualan album yang mencecah 222,472 copy. TVXQ mengakhiri tahun 2205 dengan mengeluarkan 2 single, iaitu single Jepun yang berjudul "My Destiny" dan single kolaborasi mereka bersama kumpulan Super Junior yang berjudul "Show Me Your Love" yang berjaya menduduki tangga pertama dalam pelbagai carta lagu Korea dengan jualan sebanyak 45,945 copy. Di akhir tahun tersebut, TVXQ menerima anugerah Video Muzik Terbaik untuk lagu Rising Sun dan People's Best Choice Award  di Festival Muzik Video M-Net KM 2005.






Pada tahun 2006, kumpulan ini memulakan lawatan antarabangsa mereka iaitu "Rising Sun Tour" di beberapa buah negara termasuk Malaysia sekaligus merupakan artis korea yang pertama yang pernah membuat konsert di Malaysia. Pada bulan Mac, mereka mengeluarkan single Jepun mereka yang ke 4 yang berjudul "Ashita wa Kuru Kara" dan sebuah album debut Jepun mereka yang berjudul "Heart, Mind and Soul" yang berjaya menduduki tangga ke 25 dalam carta lagu mingguan Oricon dengan jualan sebanyak 9,554 copy. Sebulan kemudian mereka mengeluarkan single Jepun mereka yang berjudul Rising Sun/ Heart, Mind and Soul yang menduduki tangga ke 22 dalam carta lagu Oricon. Untuk menyokong kejayaan album ini, mereka menamakan lawatan mereka ke Jepun sebagai 1st Live Tour 2006: Heart, Mind and Soul dari bulan Mei hingga Jun. Dalam tempoh tersebut, mereka mengeluarkan 2 single Jepun iaitu "Begin" dan "Sky". Hasilnya single "Sky" berjaya menduduki tangga ke 6 dalam carta lagu Oricon dan menjadikan ia single TVXQ yang pertama yang berjaya menduduki tangga Top 10.





TVXQ meneruskan lagi langkah mereka dengan mengeluarkan album Korea mereka yang ke 3 yang berjudul "O- Jung Ban Hap" pada September 2006 dan berjaya menduduki tangga pertama dalam pelbagai carta lagu Korea dengan jualan album sebanyak 349,317 copy. 2 bulan selepas "O-Jung Ban Hap" mereka mengeluarkan single Jepun mereka yang berjudul I Miss You yang berjaya menduduki tangga ke 3 dalam carta lagu Oricon. Mereka juga berjaya memenangi beberapa anugerah di beberapa festival muzik dalam tahun tersebut.






Pada tahun 2007 pula, mereka memulakan langkah mereka dengan mengeluarkan single Jepun terbaru mereka yang berjudul "Step By Step" yang diikuti dengan tour Asia mereka untuk kali yang ke 2 di beberapa buah negara Asia . Pada bulan Mac pula, mereka mengeluarkan single Jepun mereka yang ke 10 yang berjudul "Choosey Lover" dan album Jepun mereka yang ke 2 yang berjudul "Five In Black". Seterusnya mereka kembali memenangi anugerah "Best Buzz Asia In Korea" dan sebulan selepas itu, mereka mengeluarkan 5 single terbaru yang meliputi "Lovin You" , "Summer Dream", "Shine" , "Forever Love" dan "Together".




Pada tahun 2008, TVXQ mengeluarkan single Jepun mereka yang ke 16 iaitu "Purple Line" dan untuk pertama kalinya single mereka berjaya menduduki tangga pertama dalam carta lagu Oricon dan diiringi dengan album Jepun mereka yang ke 3 yang berjudul "T" yang berjaya menduduki tangga ke 4 dalam carta lagu Oricon. Rhythm Zone telah mengumumkan untuk mengeluarkan 5 single dari bulan Februari hingga Mac di mana masing-masing mengandungi lagu solo anggota-anggota kumpulan TVXQ selama 6 minggu berturut-turut. Selepas itu, mereka mengeluarkan single Jepun mereka yang ke 21 iaitu "Sennen Koi Uta/Beautiful You" pada bulan April yang berjaya meraih tangga pertama dalam pelbagai carta lagu.




Mereka kembali ke Korea pada bulan Jun untuk mengambil bahagian dalam Annual Dream Concert ke 14 di Stadium Olimpik, Seoul. Tour TVXQ yang sebelumnya bermula pada Februari 2007 dari Seoul kemudiannya berakhir pada di Beijing pada Jun 2008. Mereka ke Jepun kembali dan mengeluarkan single Jepun mereka yang ke 23 yang berjudul "Doushite Kimi o Suki ni Natte Shimattandarou?" dan berjaya menjuarai carta lagu Oricon. Pada bulan Ogos, mereka kembali ke Korea untuk menyertai SMTown Live Concert yang disertai oleh artis-artis senaungan dengan mereka iaitu BoA, Cheon Sang Ji Hee, Zhang Liyin, Girl's Generation, SHINee dan Super Junior.




Album Korea ke 4 mereka yang berjudul "Mirotic" dikeluarkan pada September 2008 dan berjaya mengutip jualan sebanyak 307,974 copy dan memenangi anugerah Best Album of 2008 MKMF Korean Music Festival Award. Ia tidak berakhir di situ kerana jualan album semakin meningkat kepada 502,837 copy pada Januari 2009. Pada Oktober 2009, meneruskan lagi aktiviti mereka dengan mengeluarkan satu single bertajuk "Jumon/Mirotic" iaitu Mirotic versi Jepun dan sekali lagi menjuarai carta Oricon dan memecahkan rekod yang pernah dicapai oleh single-single TVXQ yang sebelumnya. TVXQ memeriahkan lagi sambutan malam tahun baru dengan tampil dalam Festival Muzik Jepun dengan persembahan "Kouhaku Uta Gassen".





Single Jepun mereka yang ke 25 iaitu "Bolero/ Kiss the Baby Sky" yang dikeluarkan pada Januari 2009 menjadi single no 1 mereka yang seterusnya. Pada bulan Mac, mereka menghasilkan single mereka yang ke 26 yang berjudul "Survivor" dan selepas itu mengeluarkan album mereka yang ke 4 yang bertajuk "The Secret Code". Untuk menyokong populariti album mereka, mereka melancarkan konsert tour mereka yang ke 4 yang dikenali sebagai "Tohoshinki 4th Live Tour 2009: Secret Code" yang berakhir di Stadium Tokyo Dome. Single mereka yang ke 27 yang berjudul "Share the World/We Are!" dikeluarkan pada bulan April kembali menduduki tangga pertama carta lagu Oricon diikuti dengan single mereka yang ke 28 yang berjudul "Stand By You" dikeluarkan pada Julai 2009 menduduki tangga ke 2.




DVD Live TVXQ yang berjudul "4th Live Tour 2009: Secret Code - Final in Tokyo Dome" yang dikeluarkan pada September 2009 terjual lebih 171,000 copy pada minggu pertama ia dikeluarkan dan dalam masa satu bulan ia terjual sebanyak 300,000 copy mengatasi rekod sebelumnya. Pada tahun 2010, mereka menghasilkan single mereka yang ke 29 yang terjual sebanyak 256,000 copy pada minggu pertama. Mereka kemudiaannya terpilih untuk menyanyikan lagu pembuka "With All My Heart" untuk sebuah filem Jepun yang bertajuk "Kimi ga Odoru Natsu" yang berjaya menjadi hitz di pawagam pada September 2010. Pada Mac 2010, mereka mengeluarkan single mereka yang terbaru "Tokio o Tomete". Album kompilasi Jepun TVXQ yang pertama yang berjudul "Best Selection 2010" mencecah angka jualan sebanyak 500,000 copy dan berjaya mendapat double platinum pada Februari.




Pada April 2010, Avex mengumumkan bahawa TVXQ akan berehat buat sementara waktu dalam segala aktiviti mereka di Jepun dengan alasan agar TVXQ dapat memberi tumpuan kepada aktiviti solo masing-masing. Akhirnya, Jae Joong, Yuchun dan Junsu akan muncul sebagai sebuah trio iaitu JYJ dalam Konsert Thankgiving In Dome di Jepun. Manakala TVXQ hanya tampil dengan 2 anggota yang masih kekal iaitu Yunho dan Changmin.




Album terbaru TVXQ yang berjudul "Keep Your Head Down" dikeluarkan di Korea pada Januari 2011 dan berjaya menduduki tangga pertama dalam carta Gaon dengan jualan 230,922 copy yang terjual dari Jan hingga Jun 2011. Album repackagenya sendiri mencapai kutipan sebanyak 55,243 copy menjadikan jumlah kutipan album keseluruhan sebanyak 286,185 copy. Single Jepun mereka yang pertama berjudul "Why" yang dikeluarkan oleh Avex Trax berjaya terjual sebanyak 231,000 copy dalam minggu pertama. Pada Julai 2011 mereka kembali dengan single Jepun kedua mereka yang berjudul "Superstar" yang mencapai kutipan jualan sebanyak 184,000 copy sekaligus mencapai single Gold pada akhir bulan tersebut.



No comments:

Post a Comment