rakan2 kesayanganku

Sunday, 3 March 2013

Salam Takziah Buatmu Wahai Perwira

Assalamualaikum...entry kali ni Farrah nak cerita pengorbanan perwira2 negara kita...sebagai tanda menghargai jasa mereka yang bertungkus lumus menjaga keselamatan negara dari pihak penceroboh...seperti  yang kita semua sedia maklum...tanggal 1 Mac 2013, kita telah dikejutkan dengan berita kematian 2 anggota keselamatan yang bertugas dalam insiden tembak menembak diantara pihak penceroboh yang bersenjata dan pihak polis di  Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. Belum sempat kita meratapi pemergian mereka, kita dikejutkan lagi dengan berita kematian enam orang anggota keselamatan yang berkawal di Kampung Seri Jaya, Sinumul, Semporna dalam insiden serang hendap yang dilancarkan oleh pihak penceroboh pada 3 Mac 2013.  Angka kematian kini meningkat kepada 8 orang. Ini adalah senarai nama2 perwira kita yang telah menemui ajal ketika berbakti untuk negara :



Asp. Zulkifli Mamat

Sjn Sabaruddin Daud

Supt Ibrahim Bin Lebar

Asp. Micheal ak Padel

Sjn D/Baharin bin Hamit

Sjn Aziz Bin Sarikun

Kpl/S Salam bin Togiran

L/Kpl Mohd Azrul Bin Tukiran






















Salam takziah buat ahli keluarga mereka yang telah terkorban. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Marilah kita sama2 sedekahkan Al Fatihah buat mereka.
Jasamu Dikenang Wahai Perwira Sekalian.....






No comments:

Post a Comment