Hola2 geng2 ku sekalian < chewahhh..geng lah sangat hikhikhik> entry kali ni Farrah nak introduce kat korang pasal novel2 baru untuk bulan ini....ni Farrah skodeng dari Karya Seni tau...coz Farrah salah seorang peminat novel Karya Seni.. kebanyakan novel yang Farrah beli semuanya dari Karya Seni...hee Ok2..back to the point....jom kita skodeng novel2 baru untuk bulan ni...
Meh sandar pada aku : Aifa Batrisya RM19 SM/RM22 SS
Kata orang... tak kenal... maka tak cinta. Tapi bila dah kenal, asyik menakitkan hati sahaja...buat apa ~ Afnan Tasneem
Dia gadis yang ceria, jujur, cuma kadang kala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyeledikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa rupanya tidak.
Berdepan dengan spesis lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Lansung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli adalah! Lelaki itu cuma pandai memberikan arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya lansung tidak beralih dari komputer ketika dia berkata kata. Macam bagus sangat!
"Kau letak otak kau kat mana ha? kat lutut?"
"Kenapa Dr. Syed tanya saya macam tu?"
"Sebab kau buat kerja tak guna otak tapi guna lutut!"
Dalam marah...dalam herdik..tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang hati dan akal seorang lelaki yang bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang sering menjadi penyelamat gadis dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, tergugat.
"Aku apa?"
"Tak ada apa apa Dr. Syed..."
"Aku tanya sekali lagi. Aku apa?"
"Err... Dr. Syed kan handsome! tentulah Dr. Syed takkan suka perempuan yang biasa biasa macam saya ni. Betul tak?"
Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan duduk serumah.
Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka sehingga memungkinkan mereka duduk bersama?
One day you'll be mine : Inawza Yusof RM33 SM/RM36 SS
Dia seorang gadis yang hidupnya bukan hanya memikir dirinya sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak berasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang seorang lelaki yang bernama Nik Afezal, beerti hidupnya tidak bermakna.
Bagi Anith Fitriah, keluarganya bersalah kerana merahsiakan hal besar itu daripada pengetahuannya. Dengan alasan, ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Tetapi hakikatnya, tindakan mereka telah menyebabkan Anith Fitriah menyesal dengan keputusan yang dibuatnya. Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia sia, pasti dia takkan meninggalkan Dzul Ehsan kemudian meneruskan kehidupan yang telah diaturkan oleh kedua dua belah keluarga mereka.
"Kau pekak ek?"
"Aku boleh dengar kau bercakap. So, no, I'm not deaf. Thanks you for asking."
"Jadi boleh tolong jelaskan kat aku kenapa kau kuatkan volume TV ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh dengar?"
"Okay but stay away from my stuff and get your own TV."
Dzul Ehsan dan Nik Afezal. Bagi perpekstif Anith Fitriah, kedua dua itu memiliki perangai yang sangat berbeza. Sejak dulu lagi, lelaki yang paling indah di matanya hanyalah Nik Afezal. Dan lelaki yang paling tak bertanggungjawab dan suka membuat muka selambanya...ialah Dzul Ehsan. Uh, sangat menyakitkan hati nila ingat lelaki itu!
"Jangan cari pasal dengan aku awal pagi ni boleh tak?"
"Jadi aku patut tunggu tengahari ataupun malam sebelum cari pasal dengan kau? Is that what you are suggesting?"
"pergi mampus."
"Terima kasih. I love you too."
Argghhh!! Dia memang sengaja mahu menyakitkan hati aku.
Tapi kenapa dalam banyak perkara dalam hidup Anith Fitriah, nama lelaki itu juga yang meniti di bibirnya. Dzul Ehsan juga yang pasti akan hadir melindunginya.
Adakah itu tandanya... Dzuk Ehsan yang berjaya menarik perhatiannya sekaligus berjaya memiliki hatinya? Tapi bagaimana tekadnya untuk hidup bersama lelaki yang pernah disayanginya, iaitu Nik Afezal?
Oh, sesungguhnya dia harus bijak memilih! Dan pilihannya kali ini adalah pilihan terakhir.
"Kenapa kau nak kahwin dengan orang yang menyusahkan?"
"Mudah...sebab aku sayang kau."
Cik Blur dan Encik Ikhlas : Airisz RM19 SM/RM22 SS
AKU? Tak tahulah apa yang tak kena. Ada saja salah aku di mata dia. Kalau sehari tak marah aku, gamaknya dia tak serupa orang. Nak kata aku tak cantik, dalam ofis ni ada lagi yang tak cantik. Sudahnya aku berhenti kerja saja.
"Helo, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke?" ~ Encik Ikhlas
"Encik pekak ke? Kalau encik pekak saya cakap lagi sekali. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuatkuasa hari ini. ~ Kasih Khalisha
"Apa encik buat kat sini?"
"Eh, saya yang sepatutnya yang tanya macam tu. Kenapa Kasih ada kat rumah saya ni?"
"Rumah encik? Ini rumah encik?"
"Yalah. Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pulak!"
"Hmm, susah juga nak penuhi ciri ciri lelaki pilihan Kasih. Siapalah yang agak bertuah tu, kan?"
"Siapa tahu, kan. pasti ada seorang lelaki untuk saya."
"Kalau tak ada, ambilah saya. Saya pun masih kosong."
Selepas aku berhenti kerja, amannya ku rasakan hidup ini. Tapi...tiba tiba aje dia muncul kembali.
"Apa encik buat kat sini?"
"Eh, saya yang sepatutnya yang tanya macam tu. Kenapa Kasih ada kat rumah saya ni?"
"Rumah encik? Ini rumah encik?"
"Yalah. Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pulak!"
Aduh! Aduh! Aku rasa kepala aku ni dah pening. Dah rasa berat sebelah. Rumah dia? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa dunia ni kecil sangat?
Bagaimana aku nak hendak menghadapi kenyataan bahawa lelaki ang selama ini terkenal dengan garangnya, berubah karakter di hadapanku?
"Hmm, susah juga nak penuhi ciri ciri lelaki pilihan Kasih. Siapalah yang agak bertuah tu, kan?"
"Siapa tahu, kan. pasti ada seorang lelaki untuk saya."
"Kalau tak ada, ambilah saya. Saya pun masih kosong."
Ya, setiap satu itu pun ada hikmahnya. Adakah perpisahan yang dulu akan menemukan aku dengan seseorang yang lebih baik? Atau sebaliknya? Arghh! Sungguh, kehadiran Encik Ikhlas membuatkan aku buntu untuk berfikir.
Novel2 ni Farrah pilih sendiri dari laman web Karya Seni... kalau korang nak tengok koleksi buku2 lain dari Karya Seni, korang boleh klik kat link yang Farrah berikan di atas ye.....di situ juga dorang akan terangkan cara bagaimana nak beli novel secara online... hope info yang Farrah bagi ni dapat membantu korang yang ingin mencuba tu.. tata
No comments:
Post a Comment