photo Untitled-1_zps0aa7cbb3.png

rakan2 kesayanganku

Friday, 1 February 2013

Beli Novel Baru...

Assalamualaikum....tok tok tok....ada orang tak?hehhe


Lama tak buat entry catatan sendiri.. Al maklumlah,sekarang tengah bz nak crik idea utk nopen a.k.a novel pendek Farrah tu. Tu yang tak sempat nak buat entry untuk diri sendiri hehe...btw, Farrah nak ucapkan Selamat Datang Ke Blog Lovely Farrah...kepada rakan2 blogger yang baru follow blog Farrah ni. Dah tengok tak entry yang Farrah buat untuk korang aritu? Haa.khas untuk korang lah tu...sebagai tanda terima kasih sebab sudi follow blog Farrah ni..kamsahamnida....hehe... okay..back to my story...ada tengok tajuk kat atas tu...haaa...tu yang Farrah nak cerita ni...


psstt2...semalam kan Farrah beli novel baru tau...puas Farrah survey kat pasar...last2 Farrah jumpa 2 buah novel...satu novel dari Fajar Fakeer and satu lagi dari Kaki Novel....nak tau tajuknye ape??? kejap eh Farrah review untuk korang...





Jeng2...




Bila Blogger Jadi Maid : Zati Mohd = RM20 SM /RM 23 SS



Boleh ke si blogger jadi maid? Bagi Risya, sikit pun tak menjadi masalah buatnya. Asalkan dia tidak goyang kaki di rumah itu, sudah cukup baik. Rutin hariannya sebagai maid, tak adalah sesusah mana. Tapi yang buat susahnya, bila dia jumpa mamat poyo, Ash.

Ash yang sering mengusik, membuatkan hubungannya dan Risya rapat. Bergurau dan bergaelak ketawa sudah menjadi rencah dalam hidup mereka berdua. Tanpa diduga, Ash mahu Risya menjadi suri di hatinya saat Aimie, kekasih hatinya tidak hadir semasa majlis perkahwinan mereka.

"Jadi, awak nak saya buat apa?"

"Awak kahwinlah dengan saya."


Jodoh telah tertulis buat mereka. Dalam keadaan terpaksa, mereka disatukan. Mulalah episode baru dalam hidup Risya. Memandangkan tiada rasa dalam diri Risya, mereka telah membuat perjanjian bodoh. perjanjian yang menentukan samaada status suami isteri mereka masih kekal atau tidak.


Dalam Risya mengharap perjanjian yang dicipta menjadi nyata, ada satu rasa yang hadir dalam dirinya buat Ash. Saat bahagia mula menyulam rasa, hadir Wafiy yang mencintai Risya dan  muncul Aimie, kembali menagih cinta Ash.


Akan bahagiakah hubungan yang Risya dan Ash jalinkan? perjanjian apakah yang dimenterai oleh Risya dan Ash? Berjayakah Wafiy dan Aimie menarik perhatian insan yang disukai? Mampukah Risya dan Ash mempertahankan rasa sayang yang mula berkembang dalam hati? Atau, antara mereka akan ada yang berpaling tadah? Bila blogger mampu jadi maid, adakah maid mampu menjadi seorang isteri?





Lelaki Versi Dia : Aireen Aryana = RM19 SM/ RM22 SS


Kadang kadang hati manusia bergelora bagai badai menghempas lautan. Jika benar lelaki itu jodohnya, kenapa mesti dihadirkan dia dalam keadaan hilang ingatan? Arwin Raisha tegar sendirian menongkah ombak yang melambung jiwanya tinggi. Berkali kali dia menolak Wan Aakif  kerana lelaki itu pernah membencinya dan menjadi tunangan olok olok membuat nafasna jadi sesak.


"This is my first meeting with my own fiancee." Wan Aakif

"Listen Wan, awak tak perlu nak jemput or nak hantar saya ke mana mana. Let's end everything here." Arwin Raisha


Antara rasa bersalah, kehendak jiwa, cinta dan lelaki seperti Wan Aakif yang tak pernah lelah mengejar dirinya , Arwin Raisha jadi tertekan.


"Kalau begitu, Win la yang kena tolong Wan. Mama tak boleh kata apa sebab Wan beriya riya nak kahwin dengan Win. Dia kata kalau dia tak kahwin dengan Win, dia akan balik ke US semula." Auntie Zita


Mampukah Arwin Raisha bertahan atas desakan WanAakif dan Auntie Zita sedangkan dia sedar selama ini Wan Aakif benar benar benci akan dirinya?





#pesanan Cik Lovely : Best tau jalan cerita novel2 ni... syok + ketawa guling2 hehe...tak rugi Farrah labur duit beli novel2 ni....

No comments:

Post a Comment