Zaman sekarang sudah banyak tercipta laman sosial yang digunakan untuk berkomunikasi dan menambahkan kenalan. Salah satunya adalah Facebook yang pertama kalinya diperkenalkan oleh Mark Zuckerberg pada tahun 2004.
Kini, semua orang memiliki Facebook masing masing. Tak kiralah yang muda, yang tua dan budak budak mahupun yang sudah berumur semuanya tidak terlepas untuk merasai nikmatnya bukan?
Namun di sebalik semua tu, banyak keburukan yang timbul dari penggunaan Facebook. Antaranya ialah ia sering dijadikan medan kutuk mengutuk sesama sendiri yang sering terlihat di ruangan komen. Rata rata pengguna menulis apa sahaja di dinding sendiri kerana bagi mereka ia adalah ruangan untuk mereka meluah apa sahaja dan mengikut rentak serta citarasa mereka sendiri. Tapi sedarkah mereka ada di kalangan rakan rakan Facebook yang mengutuk serta mencaci perbuatan mereka itu.
Fenomena ini semakin menular ke dalam masyarakat dan keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila pengguna tidak berhati hati untuk meluahkan rasa hati di laman sosial tersebut. Mereka gemar menulis apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan mereka tak kira ia adalah perkara yang remeh mahupun yang penting. Malah ada di antara mereka turut mendedahkan kisah hal rumahtangga mereka untuk tontonan umum.
Ia ibarat membuka pekung di dada sendiri agar dapat di ketahui oleh orang lain dan mengundang pelbagai andaian dan tanggapan dari kalangan pengguna pengguna Facebook yang lain. Bayangkan begitu ramai mata yang sedang menilai kisah hidup anda di luar sana dan lebih teruk lagi bila mereka adalah salah seorang rakan kepada pasangan sendiri. Ia boleh mengundang kepada perpecahan rumahtangga dan rosaknya satu institusi keluarga malah ia menyumbang kepada putusnya talian ikatan silaturrahim sesama manusia.
Jadi elakkan diri dari mempamerkan "drama hidup sendiri" kepada umum kerana ia boleh mendatangkan mudarat kepada diri sendiri mahupun orang lain.
No comments:
Post a Comment