photo Untitled-1_zps0aa7cbb3.png

rakan2 kesayanganku

Sunday, 13 January 2013

Cinta Si Cantik Manis 12


Setelah mendapat persetujuan dari kedua-dua belah pihak, akhirnya Feqril mengikat tali pertunangan dengan Zaraa. 6 bulan akan datang mereka bakal melansungkan perkahwinan. Kalau diikutkan hati, sekarang juga dia ingin menikahi Zaraa namun kekangan tugas di sekelilingnya membuatkan dia terpaksa menangguhkan hasratnya itu. Bulan depan, dia terpaksa berangkat ke Australia untuk menguruskan cawangan syarikat mereka di sana selama 5 bulan.  Berat hatinya untuk meninggalkan tunangannya itu namun apakan daya dia terpaksa kerana keadaan syarikat yang agak kelam kabut memerlukan dirinya untuk berada di sana bagi memantau keadaan di sana.



Sehari sebelum Feqril berangkat ke Australia, dia mengajak tunangnya keluar berjalan-jalan. Mereka mengambil banyak gambar bersama-sama sebagai kenangan buat dirinya dan Zaraa ketika berjauhan nanti.



"Zaraa, terima kasih kerana sudi jadi tunang Feq. Feq nak Zaraa tau yang Feq betul-betul ikhlas dengan Zaraa. Kalau boleh Feq nak Zaraa cepat-cepat jadi isteri Feq," ujar Feqril dengan penuh ikhlas.



"Sama-sama Feq. Tak apalah Feq, kalau dah memang jodoh kita takkan kemana. Zaraa akan setia menunggu Feq kat sini. Zaraa jugak nak Feq tau Zaraa ikhlas menerima kehadiran Feq dalam hati Zaraa," ucap Zaraa sambil tersenyum manis.



"Zaraa janji dengan Feq ye, yang Zaraa hanya akan mencintai Feq sorang. Feq betul-betul menyintai Zaraa seikhlas hati Feq ni. Dalam hati Feq, cuma ada nama Zaraa sorang je," ucap Feqril perlahan.



"Ya, Zaraa janji dengan Feq. Hanya nama Feq saja yang bertakhta di hati Feq sekarang. Tapi betul ke Feq hanya mencintai Zaraa sorang saja? bagaimana dengan Zetty?," soal Zaraa pula. Dia ingin tahu apa yang berlaku antara Feqril dan Zetty.



"Zetty adalah kisah lalu Feq. Kami dah pun putus sebelum kita bertunang tempoh hari. Cinta Feq untuk dia tinggal kosong. Zaraa janganlah risau ye, Feq akan mencintai dan menyayangi Zaraa lebih dari diri Feq sendiri," jelas Feqril dengan jujur.



"Betul ke ni Feq," Zaraa meminta kepastian.



"Kalau Zaraa tetap tak percaya. Belahlah dada Feq ni dan tengok nama siapa yang terukir di hati Feq sekarang," kata Feqril sambil tersenyum.



"Eh, tak nak lah Zaraa buat macam tu. Zaraa masih perlukan Feq lagi tak sanggup Zaraa nak buat macam tu kat Feq," gurau Zaraa sambil ketawa kecil.



"Sayang jugak Zaraa kat Feq ya?" usik Feqril.



"Mestilah sayang he he he~" Zaraa tersenyum malu.



"Ya Allah, aku Mohon PadaMu supaya jadikan Zaraa milikku. Aku relakan takdirku dengan yang lain jika dia bukan jodohku. Namun aku mengharapkan bahawa dia adalah jodoh yang kau tentukan buatku, Jadikanlah dia suri dalam hidupku hingga ke akhir hayatku," Feqril berdoa dalam hatinya.

No comments:

Post a Comment