"Zaraa, masuk dalam bilik saya sekarang " kata Encik Farid dalam talian. "Ok, bos." jawab Zaraa. Sebaik sahaja meletak talian, dia tertanya-tanya kenapa dia tiba-tiba dipanggil masuk ke bilik bos. "Aku ada buat salah ke? " desis Zaraa dalam hati. Dengan hati yang penuh berdebar, Zaraa perlahan-lahan melangkah masuk ke bilik Encik Farid. "Silakan duduk, Zarra" jemput Encik Farid. Hati Zaraa semakin berdebar menanti apa yang bakal disampaikan oleh Encik Farid.
"Apa??? minggu depan saya kena pindah ke bahagian lain?tapi kenapa pulak bos?saya ada buat salah ke selama ni?" Zaraa mulai resah apabila mengetahui dia bakal dipindah ke bahagian induk syarikat itu. Sudahlah begitu, disuruh pula memegang jawatan setiausaha. "Aku ni accountant kenapa pulak kena pegang jawatan setiausaha pulak ni? tugas tu bukan dalam bidang aku" omel Zaraa dalam hati. Encik Farid tersenyum melihat muka cemberut Zaraa. "Zaraa, awak tak payahlah risau sangat. Itu hanya untuk sementara waktu sahaja. Nanti bila dorang dah jumpa orang yang layak pegang jawatan tu, awak boleh pindah sini balik " pujuk Encik Farid. Zaraa berfikir sejenak. "Em, kalau macam tu ok lah Encik Farid, saya setuju. Tapi saya bukan dipindahkan selama-lamanya kat sana kan? tanya Zaraa. "Eh,tak adalah, itu untuk sementara waktu sahaja lagipun dorang tengah kekurangan staff di bahagian sana so Datuk minta saya hantar seorang staff untuk mengurus segala urusan di sana. Saya pilih awak memandangkan awak dah lama berkhidmat dalam syarikat ni"terang Encik Farid. Zaraa hanya mengangguk apabila mendengar penjelasan Encik Farid. Walaupun hatinya tidak rela tapi disebabkan ianya merupakan satu arahan dia terpaksa akur.
Zaraa mengeluh sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik Encik Farid. Zariff dan Naila kehairanan melihat reaksi Zaraa seperti orang putus cinta lagaknya. Mereka segera menghampiri Zaraa. "Kau ni kenapa Zaraa? muram je? ada masalah ke?" tanya Naila. Zariff yang berada di sebelahnya hanya sekadar mengangguk. Zaraa merenung kedua-dua wajah rakan sepejabatnya itu dengan senyuman yang agak tawar. "Encik Farid arahkan aku pindah kat bahagian induk. Datuk kekurangan kakitangan kat sana, so untuk sementara waktu terpaksalah aku jadi setiausaha dia sementara dorang cari orang yang layak untuk sandang jawatan tu nanti" ujar Zaraa. "Apa? biar betul?takkan awak tak boleh nak tolak kot? tiba-tiba Zariff mencelah. Zaraa hanya menggeleng. "Bila kau akan mula kerja kat sana?"tanya Naila. "Next week,Naila. Nanti kau tolong aku kemas barang-barang aku eh. Nanti masa aku tak ada, korang jagalah diri korang baik-baik ye dan kau Naila, kalau kau tak ada sape yang nak temankan kau keluar lunch, kau ajak je si Zariff tu he he he~" ujar Zaraa sambil tersenyum.
"Kau janganlah risaukan kami kat sini, aku ni ok je. Cuma nanti bila kau tak ada sunyi la aku tak ada teman berborak. Nak harap si Zariff tu, alahai,baik aku cakap dengan tiang je" gerutu Naila. "Ewah-ewah, sedap je dia mengata kita eh, awak tu asyik pok pek je keja tak henti-henti. Naik pekak telinga saya ni tau tak. Zaraa, awak jangan layan sangat dia ni. Hari ini otak dia tak berapa nak betul sangat. Tu yang merepek tak tentu pasal tu " balas Zariff. Naila mencebik. "Korang berdua ni sehari kalau tak gaduh memang tak sah kan? orang tua-tua cakap kalau asyik gaduh je hari-hari, lama-lama jadi couple tau he he he~" usik Zaraa. Zariff hanya terdiam, malu bila diusik oleh Zaraa. "Tak ada modal aku nak jawab nih, tapi Naila tu ok ape hu hu hu~"desis hati Zariff.
Naila pun segera mencelah. "Eh, kau ni, ke situ pulak dia. Tak hingin aku dengan spesis macam si Zariff ni buat sakit hati aku je. Kalau boleh aku nak buah hati aku macam Rain penyanyi korea tu. Muka dia ensem, dah la mata dia cute je aku tengok, pas tu badan dia tough lagi tu. Memang jejaka idaman setiap gadis-gadis cute macam aku ni hu hu hu~" ujar Naila sambil tersenyum-senyum. Zariff pula mencebik apabila mendengar kata-kata Naila itu. "Alahai, kalau kau tunggu si Rain tu jadi kekasih kau, alamatnya tumbuh janggut lah kau nanti. Si Zariff yang encem tu kau tolak mentah-mentah. Rain yang entah dapat ke tak tu jugak kau nakkan" keluh Zaraa. Naila hanya tersengih mendengar keluhan Zaraa itu. Naila memang fanatik giler dengan penyanyi korea itu. Boleh dikatakan semua barang-barangnya dihiasi dengan gambar penyanyi terkenal tersebut. Dari skrin handphone sampai ke skrin laptop penuh dengan gambar Rain. Memang minah kpop betul si Naila tu.
"Ril, minggu depan ada setiausaha sementara akan gantikan tempat Sheryl, sementara kita carikan setiausaha yang baru untuk Ril. Papa harap Ril bagi kerjasama sepenuhnya dengan dia. Dia akan uruskan segala jadual Ril. Mulai minggu depan, Ril akan pegang jawatan pengurus besar gantikan tempat papa so papa harap Ril buat yang terbaik untuk syarikat kita ni. Syarikat ni hasil titik peluh papa sendiri. Ril lah satu-satu waris yang layak menerajui syarikat papa ni. Jangan sia-siakan harapan papa ye,Ril. Feqril sekadar mengangguk sahaja.Kalau diikutkan hati, dia masih belum bersedia untuk mengalas tugas yang berat itu. Namun disebabkan papanya telah meletakkan harapan yang tinggi kepadanya, dia tidak dapat menolak lagi. Bimbang papanya akan berkecil hati sekiranya dia menolak.
No comments:
Post a Comment