photo Untitled-1_zps0aa7cbb3.png

rakan2 kesayanganku

Saturday, 12 January 2013

Cinta Si Cantik Manis 6


Sejak kejadian hari itu, Feqril tidak lagi "membuli"  Zaraa tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Feqril mula mendekati Zaraa sedikit demi sedikit. Pelbagai taktik digunakan untuk memancing perhatian Zaraa namun semuanya tidak berhasil. Zaraa bagaikan jinak-jinak merpati mudah didekati namun sukar untuk dipikat hatinya. Feqril hampir berputus asa. Sudah puas dia memikirkan strategi untuk memikat Zaraa namun semuanya sia-sia belaka. Akhirnya dia menelefon sahabat karibnya, Shahril untuk meminta nasihat.



"Assalamualaikum,wei Feqril! apasal kau call aku ni bro? selalunya jarang kau nak call aku ni kalau bukan kerana ada urusan penting," tanya Shahril.



" Waalaikumusalam, aku ada masalah sikitlah Shah,tu yang call kau nih" jawab Feqril dengan nada yang lemah.



"Aik?masalah apa pulak ni Ril? kau gaduh dengan si Zetty tu lagi eh?" soal Shahril.



"Taklah, mana ada aku gaduh dengan dia. Ni masalah lainlah. Masalah cinta ni Shah," ujar Feqril lagi.
"Masalah cinta? tadi kau cakap kau tak gaduh dengan Zetty. Abis tu?masalah apa pulak ni? cuba kau terangkan kat aku," tanya Shahril lagi.



"Er, aku dah jatuh cintalah, Shah," kata Feqril sambil menahan malu.



"Jatuh cinta? takkan kau jatuh cinta kat si Zetty tu lagi kot. Kan ke korang dah couple," tanya Shahril dengan penuh rasa hairan.



"Kau ni kan, balik-balik Zetty tu jugak kau sebut. Naik bingit telinga aku ni dengar nama dia tu tau tak?" marah Feqril.



"Ai,bingit pulak? selalunya bukan main lagi kau protect dia. Pantang aku bukak mulut sikit  mulalah kau tukar topik. Sekarang dah ni lain pulak? cuba kau cakap betul-betul kat aku apa sebenarnya masalah kau ni? Shahril menyoal lagi.



"Aku sebenarnya..ter..jatuh cinta kat setiausaha aku tu" luah Feqril perlahan-lahan.



"Apa? kau dah jatuh cinta kat budak Zaraa tu? ", soal Shahril dengan rasa terkejut.



"Ya, Shah. Aku dah jatuh cinta kat dia," ujar Feqril lagi.



"Akhirnya, jatuh cinta jugak kawan aku ni hu hu hu~" kata Shahril sambil ketawa.



"Tapi aku ada masalah sikitlah Shah," ujar Feqril dengan nada susah hati.



"Masalah apa pulak ni Ril?" tanya Sharil.



"Zaraa tu la, susah btul lah nak tackle dia. Macam-macam cara aku try semuanya tak jalan. Pening kepala aku ni. Dah lah dalam kepala otak aku ni asyik teringat kat dia je. Susah aku tumpukan perhatian aku dalam kerja," terang Feqril bersungguh-sungguh.



"Terok beno kes kau ni Ril. Tak pernah-pernah aku tengok keadaan kau terok macamni sekali. Apa si Zaraa dah buat sampai kawan aku ni betul-betul dah mabuk kepayang ni? he he he~ By the way, budak Zaraa aku tengok ok je. Peramah,sopan, lemah lembut dan aku pun boleh sangkut kalau aku ni single lagi hu hu hu~ " usik Shahril.



Feqril segera berdehem tanda tidak senang dengan gurauan itu.



"Okey..okey..back to the topic. Kau nak aku tolong apa ni Ril?" soal Shahril lagi.



"Aku nak mintak tips macamana nak tackle awek he he he~" ujar Feqril dengan malu-malu.



"Tu pun kau tanya aku? Takkan tu pun kau tanya aku? Alahai, Feqril..harap muka je macho tapi hati kosong," perli Shahril sambil ketawa.



"Aku serius ni Shah, kau jangan nak main-main pulak. Aku tumbuk jugak muka kau nanti," ujar Feqril dengan geram.



"Wo..wo.. wo.., rileklah bro. Aku gurau je lah. Okey..okey, malam ni kita lepak kat tempat biasa. Nanti aku bagitau kau camne cara nak pikat awek okey?" pujuk Shahril.



"Okey set, malam ni kita jumpa kat tempat biasa. Kau jangan tak datang pulak. Siap kau aku kerjakan nanti," kata Feqril.



"Kau ni sejak bila pulak jadi garang semacam ni?" usik Shahril lagi.



"Ah, tak sudah-sudah lagi kau nak perli aku. Dah, aku banyak kerja ni. Ingat malam nanti, jangan lupa pulak,bye!" Feqril segera mengakhiri perbualan mereka.

No comments:

Post a Comment