Tengahari itu, Feqril telah membawa Zaraa ke sebuah restoran mewah. Zaraa pula terpaksa mengikut sahaja segala kehendak Feqril. Tanpa pengetahuannya, Feqril sebenarnya telah merancang semuanya. Makan tengahari itu sebenarnya khas untuk mereka berdua sahaja. Feqril terpaksa mengunakan alasan untuk makan dengan client agar Zaraa sudi menerima pelawaannya itu. Dia telah menempah menu istimewa untuk mereka berdua. Dalam hatinya berharap semoga semua rancangannya ini berjalan dengan lancar. Zaraa mulai perasan suasana di sekelilingnya agak pelik ketika makan tengahari mereka itu.
"Apasal pula aku rasa lain macam je ni? Biar betul si Feqril ni, tadi cakap nak keluar makan dengan client. Tapi batang hidung client pun tak nampak. Yang terconggok kat sini cuma aku dengan dia je. Janganlah dia buat kerja gila pulak kat sini. Seram sejuk dah badan aku ni," gumam Zaraa dalam hati.
Feqril pula cuba berlagak slumber. Sedangkan dalam hatinya kini sedang berkocak hebat. Inilah kali pertama dia berpeluang untuk keluar makan bersama gadis pujaannya itu.Ketika itu, satu perasaan aneh mula berputik di hati Zaraa apatah lagi ketika mata saling bertentangan. Meskipun masing-masing mendiamkan diri, namun pada masa yang sama hati mereka mula menyimpul satu rasa yang sama. Zaraa cuba menafikan apa yang dirasainya. Kerana dia tahu jejaka yang berada di hadapannya kini sudahpun mempunyai kekasih hati dan tidak mungkin wujud bibit-bibit cinta antara mereka. Untuk menghilangkan rasa berdebar yang mula melanda jiwanya, Zaraa memberanikan dirinya untuk berbicara.
"mana clientnya tuan? tadi tuan cakap suruh saya temankan tuan keluar makan dengan client. Ni sampai sekarang pun batang hidung client tu tak nampak-nampak. Tuan jangan nak tipu saya pulak?" Zaraa mula berasa curiga.
"Kalau saya cakap yang saya memang tipu awak, apa awak nak buat?" soal Feqril.
"Saya nak balik," jawab Zaraa dengan segera lalu bangun dari kerusi dan mengambil beg tangannya dan berlalu pergi meninggalkan Feqril.
Namun, belum pun sempat Zaraa melangkah jauh dari tempat mereka itu, Feqril segera memaut lengan Zaraa. Ditariknya Zaraa kembali ke tempat mereka tadi. Zaraa cuba meronta tapi apalah sangat tenaga perempuannya itu jika hendak dibandingkan dengan tenaga lelaki tersebut. Feqril memaksa Zaraa duduk kembali di tempatnya. Nak tak nak dia terpaksa menurut sahaja kerana dia bimbang Feqril bertindak di luar jangkaan.
"Awak jangan kemana-mana dulu. Saya ada perkara nak cakap ni," jelas Feqril.
"Tuan nak cakap pasal apa ni?" tanya Zaraa kehairanan.
" Awak dengar baik-baik apa yang saya nak cakap ni. Saya tak nak awak mencelah sikitpun ketika saya bercakap, faham?" Feqril memberi peringatan. Zaraa sekadar mengangguk.
"Sebenarnya, saya nak cakap kat awak yang saya dah jatuh cinta kat awak sejak pertama kali saya jumpa awak. Sejujurnya saya tak pernah jatuh cinta sedalam ni pada mana-mana gadis pun sebelum ni," luah Feqril dengan penuh keikhlasan.
"Hah? Tuan jatuh cinta kat saya? tuan jangan nak bergurau pulak. Bukan ke tuan dah ada kekasih?" Zaraa bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia dengari.
"Saya serius ni, Zaraa. Saya tak mintak awak bagi jawapan awak sekarang tapi saya bagi awak tempoh seminggu dari sekarang untuk awak buat keputusan samada awak terima saya atau tak dan saya harap keputusan yang awak buat tu nanti ikhlas dari hati awak bukan atas dasar paksaan," terang Feqril.
Zaraa pula hanya berdiam seribu bahasa. Ketika itu, muncul seorang gadis membawa sejambak bunga rose lavender lalu menyerahkan bunga itu kepada Zaraa. Serentak itu, Feqril mengatakan sesuatu kepadanya.
"Zaraa, rose lavender ini saya hadiahkan untuk awak kerana saya tahu awak sukakannya. Dalam jambangan ini terdapat 24 kuntum semuanya. Ini menandakan saya tak pernah berhenti mengingati awak, walaupun seminit sekalipun. Awak sentiasa di ingatan saya, Zaraa, tak pernah sesaat pun saya lupakan awak," ucap Feqril dengan nada romantis.
Lalu tangannya membawa keluar sebuah kotak baldu berwarna merah dari kotnya. Diraihnya jari jemari Zaraa, lalu diambilnya sebentuk cincin bertatahkan berlian dari kotak baldu itu dan disarungnya ke jari manis Zaraa.
"Kalau awak sudi terima saya, awak pakailah cincin ni masa awak bagitau saya tentang keputusan awak nanti. Kalau awak tak sudi, awak kembalikanlah cincin itu pada saya," ucap Feqril dengan wajah yang penuh berharap.
Alangkah terharunya perasaan Zaraa ketika itu. Sungguh dia tidak mampu berkata apa-apa. Dia tidak menyangka bahawa Feqril seorang lelaki yang romantik rupanya. Hatinya berbunga riang diiringi dengan degupan jantungnya yang berdengup kencang. Namun, dia tidak pasti adakah dia sudah benar-benar jatuh cinta atau hanya mainan perasaannya sahaja.
No comments:
Post a Comment