Sudah hampir sebulan Feqril berada di Australia, namun hatinya bagaikan tertinggal di sana. Tempoh sebulan bagaikan setahun buatnya. Dia resah. Rindunya pada Zaraa bagaikan tidak tertanggung rasanya. Setiap hari dia menghubungi Zaraa untuk melepaskan rindu dan bertanyakan khabar sang kekasih hati. Ingin rasanya dia balik ke Malaysia dan segera bertemu dengan Zaraa namun dia terpaksa akur dengan kekangan tugasnya. Akan tetapi, berita yang dia dengar tentang Zaraa sedikit sebanyak mengusarkan hatinya sejak akhir-akhir ini. Sungguh dihati kini sentiasa berdoa semoga Zaraa dalam keadaan selamat. Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada insan yang dia sayangi itu.
Dalam masa yang sama juga, Zetty seringkali menganggu ketenteraman jiwanya. Sudah acap kali, dia menyuruh Zetty berhenti menghubunginya. Namun Zetty tidak ambil peduli. Dia tidak jemu-jemu menghubungi Feqril tak kiralah melalui telefon bimbit, telefon pejabat mahupun telefon rumah. Adakalanya Feqril terpaksa membuat bermacam-macam alasan untuk mengelak Zetty dari terus menganggunya. Dia rimas dengan keadaan itu. Zetty bagaikan tidak pernah kenal erti "putus asa". Semakin dia cuba menjauhkan dari Zetty, semakin galak Zetty "mengejarnya". Tidak henti-henti Zetty memujuk dirinya untuk bersama kembali. Namun dihatinya kini cuma ada Zaraa, tak mungkin untuknya berpaling lagi.
Zaraa melangkah lemah masuk ke dalam lif. Sungguh hatinya kini terlalu merindukan Feqril ketika ini. Biarpun Feqril sering menhubunginya dari sana namun selagi belum bersua muka selagi itu rindunya belum terubat. Seksanya menahan rindu. Perlahan-lahan airmatanya mengalir di pipi. Namun tanpa dia sedar, seseorang memerhatikan tingkah lakunya lalu menegurnya.
"Cik tak apa-apa ke?" sapa suara itu dari belakang.
"Eh, taklah. Saya ok je. Terima kasih," ujar Zaraa seraya menoleh ke belakang.
Namun sebaik sahaja dia menoleh ke belakang, alangkah terkejutnya dirinya bila mendapati orang yang yang menegurnya itu adalah Syamier. Begitu juga dengan Syamier. Dia tidak menyangka bahawa Zaraa adalah gadis yang ditegurnya tadi.
"Er..awak kerja kat sini jugak ke?" tanya Zaraa.
"A'ah..baru masuk kerja arini. Awak pun kerja kat sini jugak? " soal Syamier pula.
"Ya, saya kerja sini jugak. Tak sangka ye rupanya kita boleh berjumpa lagi," ujar Zaraa sambil tersenyum.
"Saya pun tak sangka, Zaraa. Mungkin ada jodoh kot he he he~ Oh ya, macamana dengan kaki awak tu? dah ok ke?" tanya Syamier lagi.
"Ok dah, Dah sembuh pun ni. Er..terima kasih ye pasal awak tolong saya aritu. Kalau awak tak ada aritu, tak tau lah apa yang jadi kat saya" ucap Zaraa.
Dia begitu terhutang budi pada Syamier yang telah menyelamatkan nyawanya tempoh hari. Dia tidak tahu apa yang bakal terjadi pada dirinya sekiranya Syamier tiada untuk membantunya ketika itu.
"Eh, tak apelah Zaraa. Perkara biasa je tu. Kalau orang lain dalam kesusahan pun saya tolong jugak," ujar Syamier dengan ikhlas.
"Bertuahlah kekasih awak dapat boyfriend yang baik macam awak ni," puji Zaraa.
"Janganlah puji saya melambung-lambung pulak cik Zaraa oi. Kang tak pasal-pasal ada jugak yang kembang hati ni he he he~ " kata Syamier sambil ketawa.
"Pandai jugak awak ni bergurau ye Syamier," kata Zaraa sambil ikut ketawa.
"Kalau tak bergurau, tak seronoklah hidup ni. Lagipun hidup kita ni mesti kena happy selalu so kuranglah stress kita," ujar Syamier lagi.
"Betul kata awak. Wah, bukan main lagi awak berhujah ye," usik Zaraa lagi.
"Tak adalah Zaraa. Sekadar meluahkan pendapat he he he~" kata Syamier sambil tersenyum-senyum.
"Ada-ada ajelah awak ni. Oh ya, lupa nak tanya awak kerja sebagai apa ye?" tanya Zaraa.
"Saya arkitek baru untuk syarikat ni," jawab Syamier.
"Kalau macam satu ofis lah kita. Welcome to Berjaya Holding Berhad dan selamat memulakan tugas anda arini," ucap Zaraa sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.
"Terima kasih Zaraa," sahut Syamier sambil menyambut huluran tangan dari Zaraa.
"Eh, jomlah masuk ofis sama-sama," pelawa Zaraa lagi.
"Okey, jom," jawab Syamier sambil sama-sama melangkah masuk ke pejabat.
No comments:
Post a Comment