Hari ahad merupakan hari yang amat membosankan lebih-lebih lagi jika tidak melakukan sebarang aktiviti ketika berada di rumah. Begitulah yang berlaku pada Zaraa. Nak buat itu tak kena, nak buat ini pun tak kena. Semuanya membosankan apatah bila bersendirian di rumah. Kawan-kawannya yang lain semua keluar berjalan dengan boyfriend masing-masing. Tinggallah dia terperuk seorang diri di rumah. Bukan tidak diajak keluar bersama namun dia menolak dengan alasan mahu menyiapkan kerja yang tertangguh. Dan akhirnya dia mengeluh kebosanan.
"Alahai, bosannye..aku tak tahu nak buat ape dah. Kan bagus kalau aku join dorang je tadi tak la bosan sangat macam ni tapi seganlah pulak. Dorang masing-masing ada boyfriend, aku mana ada boyfriend malu lah aku nanti hu hu hu~" omel Zaraa sendirian.
Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk membaca novel-novel yang baru dibelinya semalam. Sempat juga dia singgah ke MPH untuk membeli novel semasa keluar makan tengahari semalam. 3 buah novel baru sudah berada di tangan, namun sukar untuk dia membuat pilihan. Semuanya menarik perhatiannya.
"Mana satu aku nak baca dulu ni? em, aku baca yang ni dulu lah. Tajuk nya pun menarik ni" fikirnya.
Akhirnya, Zaraa memilih novel yang bertajuk 'Sebenarnya, saya isteri dia!' untuk dibaca terlebih dahulu. Khusyuk sekali dia membaca novel itu sehingga dia tidak sedar hari sudahpun jauh malam.Dek kerana terlalu leka membaca novel, hampir pukul 3 pagi dia masuk tidur.
Keesokannya harinya, dia terlewat bangun pagi.Jam sudahpun mencapai pukul 8 pagi. Semuanya jadi kelam kabut, ditambah lagi dengan kesesakan lalu lintas menyebabkan dia sampai ke pejabat pada jam 9.30 pagi.
"Alamak, matilah aku lepas ni. First day masuk kerja lewat. Apa aku nak jawab dengan datuk nanti. Aduh, pening betul la kepala aku ni" gumam Zaraa.
Dengan lemah, dia melangkah masuk ke pejabat. Belum pun sempat dia melabuhkan punggung di atas kerusi, seorang lelaki kacak muncul entah dari mana terus menuju ke mejanya.
"Awak masuk bilik saya sekarang" arah lelaki itu.
Zaraa kehairanan. "Siapa pulak mamat ni?tiba-tiba suruh aku masuk bilik dia? muka pun tegang semacam je.Bukan aku ni setiausaha datuk ke?mana datuk?"fikirnya.
Beribu soalan yang bermain difikirannya kini. Selang beberapa minit kemudian, Zaraa pun masuk ke bilik lelaki itu dan berdiri dengan penuh rasa bersalah. Silapnya juga kerana terlalu leka membaca novel hinggakan dia tidur lewat dan akhirnya menyebabkan dia terlewat datang kerja.
"Awak tau ape kesalahan yang awak dah buat hari ni???" soal lelaki itu.
Zaraa menganggukkan kepala dan menundukkan wajahnya ke lantai.
"Apesal awak diam?dah bisu? by the way, awak tahu siapa saya?" soal lelaki itu lagi.
Zaraa segera mengangkat mukanya.
"Er,sa..saya tak tahu encik. Saya minta maaf sebab terlewat masuk kerja encik, lain kali saya tak buat lagi" rayu Zaraa dengan nada suara yang tergetar-getar.
"Saya Feqril Fahmi anak kepada Datuk Fauzi. Mulai hari ni, saya akan mengantikan tempat papa saya sebagai pengurus besar di syarikat ni.Awak jangan ingat saya masih baru di sini, awak boleh buat sesuka hati awak je nak masuk lewat ke pejabat ni. Saya tak akan berkompromi dengan mana-mana staff pun walaupun awak dah lama berkhidmat kat syarikat ni. Perangai saya tak sama macam papa saya. Papa saya mungkin boleh berlembut dengan semua staff tapi saya sebaliknya, awak faham? dah, awak boleh keluar" arah Feqril.
Terkocoh-kocoh Zaraa hendak keluar dari bilik itu namun belum sempat dia memulas tombol pintu sekali lagi dia dipanggil.
"Oh ya, siapa nama awak?" tanya Feqril pada gadis itu. Zaraa berpaling ke belakang.
"Nama saya Zaraa Imani,tuan" jawab Zaraa dengan penuh debaran.
"Saya harap awak tak ulangi kesalahan tu lagi. Kali ini mungkin saya masih boleh bertimbang rasa dengan awak tapi tidak untuk masa yang akan datang.
Dah, awak boleh keluar sekarang" ujar Feqril dengan nada berbunyi amaran.
Zaraa sekadar mengangguk dan segera keluar dari bilik itu.Sebaik sahaja keluar dari bilik itu, Zaraa menarik nafas lega.
"Fuhh,leganya..nasib baiklah aku tak kena buang kerja ke ape. Mana aku nak cari kerja lagi lepas ni. Mamat tu boleh tahan garangnya aku tengok. Harap muka je lawa tapi perangai garang nak mampus. Bergegar lutut aku ni dibuatnya. Eh,baik aku mulakan tugas aku sekarang, tak pasal-pasal mamat tu mengamok lagi lepas ni. Tak taulah apa nasib aku lepas ni" gumam Zaraa dalam hati.
Feqril tersenyum memikirkan keadaan tadi.
"Zarra Imani, em..comel jugak dia tu eh? aku ni nampak garang sangat ke tadi? nampak sangat dia takut dengan aku tadi. Tapi seronok pulak aku buli dia tadi he he he~" kata Feqril sambil tersenyum-senyum.
leave your comment here..thank you :)
ReplyDelete