Kawan seperti ini amatlah berbahaya. Kalau kita tidak berhati-hati lambat laun ia boleh memakan diri sendiri. Mereka biasanya menggunakan ayat "semanis gula" untuk bercakap dengan kita dan dalam masa yang sama mereka juga merupakan "tali barut" kepada orang yang memusuhi kita. Mereka sanggup menikam belakang kawan demi untuk kepentingan diri sendiri. Biasanya mereka akan berlagak baik di depan kita untuk mengaburi mata kita agar kita menggangap mereka itu adalah kawan yang baik namun tanpa kita sedar mereka merupakan musuh kita dalam diam. Siapa tahu kawan yang selama ini kita anggap baik adalah seorang pengkhianat. Dalam diam dia telah berkompromi dengan musuh kita untuk mengenakan kita balik. Kepada siapa-siapa yang pernah berdepan dengan situasi sedemikian mungkin mereka pernah merasa betapa sakitnya hati bila mengenangkan sikap manusia seperti itu. Namun di sebaliknya, kita telah mendapat banyak pengajaran iaitu:
- jangan terlalu percaya dengan kawan seperti itu
- sentiasa berhati-hati bila berdepan dengan mereka
- kenali siapa kawan anda sebelum anda berkongsi masalah dengan mereka
- tanamkan satu sikap prasangka dan ragu-ragu dalam diri
- Jangan mudah terpedaya dengan lagak "baik" mereka.
No comments:
Post a Comment