Seminggu bekerja di bawah Feqril, membuatkan Zaraa hampir nenjadi separuh gila. Bermacam-macam arahan diberikan sampai tak cukup tangan dibuatnya. Ingin saja membantah namun dia terpaksa akur. Nak tak nak diikutkan jua segala arahan yang diberikan. Dia harus bersabar dengan kerenah majikannya itu walaupun kadangkala perangai bosnya itu membuatkan dia naik geram.
Feqril pula memang sengaja berbuat begitu. Seronok rasanya bila dapat membuli gadis manis itu. Hidupnya yang sunyi dan bosan sebelum ini bertukar menjadi ceria dengan kehadiran gadis manis itu. Rindu rasanya andai sehari wajah itu tidak ditatapnya. Dia sendiri pun tidak mengerti adakah dia sudah jatuh cinta pada gadis itu atau sekadar suka-suka. Seumur hidupnya, inilah kali pertama dia merasa sesuatu yang aneh berlaku pada dirinya. Agaknya inilah yang dinamakan cinta. Setiap kali bayangan Zaraa singgah di ingatannya, hatinya berdebar-debar. Jantungnya pula berdegup kencang bagaikan berlari 100km jauhnya. Lagu nyanyian penyanyi muda Ainan Tasneem yang kini kian popular di corong-corong radio mula bermain di minda.
Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia
Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Mungkinkah aku,
kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya
Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini,
aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya
Aku suka dia
Deringan telefon bimbitnya memecahkan semua angan-angannya yang baru bercambah.
"Alahai, siapa pulak yang call ni? baru je aku nak berangan, ade je yang kacau 'line' ni tau. Potong stim betul lah" omel Feqril lalu mencapai telefon bimbitnya. Nama Zetty tertera di skrin.
"Nak angkat ke tak eh? kalau tak angkat kang jenuh pulak aku nak memujuk dia ni nanti" fikir Feqril. Dengan malasnya dia mengangkat panggilan dari Zetty.
"Hai honey, nape call ni? I kan tengah buzy ni" kata Feqril.
"You ni, takkan I call pun tak boleh baby. Nak merajuk la kalau camni. Benci tau!" rengek Zetty. Feqril mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal itu.
"Adoi, ni yang aku malas sangat dengan kerenah dia ni. Sikit-sikit nak merajuk" rungut Feqril dalam hatinya.
"Honey, I bukan ape..I nak honey faham keadaan I bukan bagi desakan kat I macamni. Okey, tengahari ni kita keluar lunch sama-sama nak tak? You pilih la restoren mana you nak nanti I belanja" pujuk Feqril.
"Betul ni baby? kalau macam tu tengahari ni I datang ke ofis you eh? Pas tu kita pergi sama-sama " jawab Zetty.
"Okey honey, macamni la buah hati kesayangan I. Sayang you ketat-ketat" kata Feqril untuk mengambil hati kekasihnya.
"He he he..sayang baby ketat-ketat jugak. Okeylah, nanti kita jumpa eh. Bye baby muuahhh" jawab Zetty di hujung talian.
"Bye" jawab Feqril sebelum mematikan talian.
Selepas itu, dia mengeluh seketika. "Kan bagus kalau Zetty macam si Zaraa tu. Lemah lembut,sopan santun, ayu, penyabar dan macam-macamlah yang ada kat dia aku suka. Eh?Apasal aku boleh melalut pulak ni? baik aku sambung buat kerja. Kalau dilayan tak siap kerja aku nanti" omelnya dalam hati.
No comments:
Post a Comment