photo Untitled-1_zps0aa7cbb3.png

rakan2 kesayanganku

Saturday, 12 January 2013

Cinta Si Cantik Manis 5


Tengahari itu, tepat jam 12 tengahari Zetty sudah melangkah masuk ke pejabat itu. Dengan langkah yang penuh mengoda, dia berjalan menuju ke bilik Feqril. Ketika itu, Zaraa yang baru sahaja keluar dari pantri  membawa secawan kopi tidak sedar akan kehadiran gadis di hadapannya lalu secara tak sengajanya terlanggar gadis itu. Air kopi yang dibawanya tadi tertumpah terkena baju gadis itu.


"Hey pompuan! kau tak ada mata ke ar??! sukahati kau je nak langgar aku! habis basah baju aku ni tau tak! " tengking Zetty dengan penuh kemarahan.



"Maaf cik, sa..saya tak sengaja tadi. Saya tak tahu cik ada kat depan," jawab Zaraa dengan penuh rasa bersalah.



"Mata kau letak kat mana ar??! Sampai aku lalu depan kau pun kau tak nampak!!! Kau tengok apa dah jadi dengan baju aku ni!!! ee, bodoh punya pompuan!!! "maki Zetty dengan geram.



Zaraa hanya tertunduk bisu.Semua staff yang berada di situ mula mengerumuni mereka berdua untuk menyaksikan adengan yang menarik di pejabat meraka. Feqril yang mendengar bunyi kecoh yang datang dari luar segera keluar dari biliknya. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Zaraa sedang teruk dimaki hamun oleh kekasihnya. Lalu dia cuba meredakan keadaan yang kian tegang itu.



"Apa ni? gaduh-gaduh tengah pejabat ni? buat malu je la. Zaraa apa yang terjadi sebenarnya ni? Honey, are you okay? Kenapa dengan baju you ni" soal Feqril kepada kedua-duanya.



"Ni semua pasal pompuan ni la baby. Dah dia langgar I, pastu dia tumpahkan air kopi lagi kat baju I yang cantik ni. Macamana kita nak keluar makan kalau macamni baby? " rengek Zetty dengan manja.



"Zaraa, apa semua ni?" soal Feqril.



"Er, saya tak sengaja terlanggar cik ni tuan. Saya tak sedar dia ada kat depan saya masa tu. Maafkan saya tuan, maafkan saya cik. Saya tau semua ni salah saya," jawab Zaraa sambil menundukkan wajahnya ke lantai.



"Awak boleh pergi sekarang, Zaraa,"arah Feqril.

Zaraa pun segera kembali ke mejanya. Sungguh dia tak sangka perkara ini boleh terjadi. Namun, Zetty masih tidak berpuas hati.



"Tapi baby, dia dah kotorkan baju I ni. Takkan you nak biarkan dia macam tu je" kata Zetty dengan nada merajuk.



"Honey janganlah marah dengan dia lagi. Kan dia dah minta maaf lagipun dia bukannya sengaja," pujuk Feqril.



"Baby tengoklah baju I ni. Kotor tau tak? Macamana nak keluar lunch dengan baju kotor macam ni? " rengek Zetty lagi.



"Em, lepas ni kita pergi shopping okay. Belikan baju baru untuk gantikan baju honey yang kotor tu. Honey janganlah marah-marah lagi ok. Honey sayang I tak? " Feqril cuba memujuk lagi.



"Betul ni baby? Mesti la I sayang you baby" jawab Zetty dengan penuh manja.



" Betullah. Nanti I temankan you pilih baju ye," kata Feqril dengan nada memujuk.



"Okey, sayang baby ketat-ketat tau hehe," kata Zetty sambil tersenyum mengoda.


Feqril sekadar tersenyum. 

No comments:

Post a Comment