photo Untitled-1_zps0aa7cbb3.png

rakan2 kesayanganku

Wednesday, 2 January 2013

LOVELY FARRAH POST

Assalamualaikum...Selamat Datang ke blog Lovely Farrah...                                                                        

Inilah adalah catatan pertama saya dalam blog Lovely Farrah. Hari ini Khamis, 3 Januari 2013 bersamaan dengan 20 Safar 1434 Masihi. Bermulanya satu perjalanan baru dalam hidup di tahun 2013 ini dengan membawa semangat dan harapan baru untuk mencapai impian. Segala pahit manis di tahun 2012 telahpun disimpan rapi dalam kamus hidupku. Walaupun banyak perkara yang agak menganggu emosi sejak akhir-akhir ini, namun aku masih mampu tersenyum ceria. Itulah diriku yang sebenar. Seorang yang simple,penyayang,agak pendiam namun disebalik sifat pendiamku terselit sifat periang dalam diriku. Ketika ini, aku merupakan seorang penganggur yang belum mendapat pekerjaan. Sudah bermacam-macam temuduga yang aku hadiri, namun tiada satu pun berjaya. Aku hanya berjaya ke peringkat calon simpanan sahaja. Mungkin kerana aku hanya memiliki sijil SPM sedangkan semua pekerjaan kini mengkehendaki segulung diploma mahupun ijazah untuk membolehkan kita layak dipilih. Namun itu tidak menjadi masalah buatku, selagi aku belum berputus asa selagi itu aku berusaha untuk mencari pekerjaan yang tetap. Semoga tahun ini menjadi tahun yang bertuah buatku.Amin..

No comments:

Post a Comment