Aaaarghh!!! Jerawat??? Tidak!!!! Hmm mesti korang semua takutkan masalah jerawat ni kan... Di sini Farrah bagi tips macamana nak menghilangkan jerawat. Korang try2 lah ye... mana tau kot2 berkesan hehehe
- rendam sehelai daun sirih di dalam segelas air panas atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu sehingga daun sejuk dan layu. Baca selawat 3 kali dan basuhkan muka dengan air tersebut. Biarkan ia kering dengan sendirinya.
- ambil beberapa helai daun jambu yang bijinya masih muda, iaitu di bahagian pucuknya. Cuci hingga bersih dan ramaskan daun tersebut dengan air. Cucikan muka anda dengan air perahan jambu biji tersebut. Insha Allah anda akan melihat hasilna dalam masa beberapa hari.
- ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit tersebut dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air hingga sebati. Sapukan dengan rata ke seluruh bahagian muka dan biarkan selama 20 minit. Jika diamalkan selalu, muka anda akan sukar didatangi jerawat dan menjadikan kulit muka anda halus.
- sediakan campuran bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Baca selawat dan sapukan pada bahagian yang berjerawat. Inshaa Allah ia akan beransur hilang.
- basuh muka dengan air basuhan beras. Biarkan ia kering dengan sendiri dan setelah kering, basuhkan dengan air bersih. Amalkan selalu.
- bersihkan muka dengan air bersih. Kemudian cucikan dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering dan kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
- sediakan campuran air limau nipis dan satu sudu minyak masak. Sapukan campuran tadi ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Sekiranya anda terasa pedih, ianya hanya sementara. Esok paginya, ambil beberapa keping asam gelugur/ asam keping dan rendamkan dalam air panas. Setelah sejuk dan suam, basuhkan muka anda dengan air tersebut. Ambilkan asam dan gosok pada seluruh muka. Kuatkan gosokan pada tempat2 yang berparut dan biarkan beberapa minit. Basuhkan dengan air biasa. Inshaa Allah muka anda akan menjadi licin dan bersih.
- sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. Ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa meninggalkan sebarang parut.
- hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh yang masih hijau. Rendamkan dalam bekas air dan didihkan. Kemudian lekatkan pada jerawat.
- bancuhkan satu sudu susu tepung dengan sedikit air. Tempek ke seluruh muka setiap malam. Setelah kering, bilaskan dengan air suam. Amalkan setiap hari.
- sejukkan sedikit kanji nasi dan sapukan pada jerawat dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan sehingga jerawat berkurangan.
- rendam beberapa asam keping/ asam gelugur selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan bahan2 tersebut dan sapukan ke seluruh muka. Amalkan 2 kali seminggu.
- campurkan putih telor ayam kampung bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air suam. Sesuai untuk kulit yang bermasalah dan boleh membantu mengatasi msalah jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.
- giling segengam beras bersama segengam daun inai sehingga lumat. Bulatkan adunan sebesar syiling 5 sen dan jemur hingga kering. Simpan dalam bekas kedap udara. Apabila hendak menggunakannya, titiskan beberapa titik jus limau nipis dan sapukan ke seluruh muka dengan menggunakan belahan kentang.
- asah kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Tempelkan ke muka sebelum tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan 3 kali seminggu.
No comments:
Post a Comment