Keesokan harinya, Feqril pergi ke sebuah kedai bunga untuk membeli bunga untuk dihadiahkan untuk Zaraa. Atas nasihat Shahril, Feqril meneruskan rancangan untuk memikat Zaraa meskipun dirinya hampir berputus asa. Namun, setelah memasuki kedai tersebut dia tertanya-tanya bunga apa yang sesuai untuk dihadiahkan buat Zaraa. Kemudian, tidak lama selepas itu, seorang gadis datang kepadanya bertanyakan apakah bunga yang ingin dibelinya.
"Ya encik, nak beli bunga apa?" tanya gadis tersebut.
"Er.. saya nak beli bunga untuk kekasih saya tapi saya tak tahu nak pilih yang mana satu," ujar Feqril kepada gadis tersebut.
"Encik nak bagi bunga untuk tujuan apa ye? adakah untuk anniversary atau untuk birthday?" tanya gadis itu lagi.
"Eh, bukan. Saya nak beli untuk cinta pandang pertama saya. Saya nak bagi suprise kat dia," terang Feqril dengan jujur.
"Oh, kalau macam tu apa kata saya cadangkan encik belikan dia sekuntum bunga ros lavender. Ia membawa maksud yang mendalam. Bunga-bunga ros ni banyak maknanya encik. Kalau untuk situasi macam encik ni, colour lavender memang sesuai," cadang gadis tersebut.
"Ya ke? kalau macam tu awak balutkan saya sekuntum bunga ros lavender tu ye dan jangan lupa bagi kad sekali," Feqril terus bersetuju dengan cadangan gadis tersebut.
"Baik encik, tunggu sekejap ya," ujar gadis itu sambil mengambil sekuntum bunga ros tersebut. Tak lama selepas itu, gadis itu kembali dengan sekuntum bunga ros yang siap dibalut. Setelah siap membuat pembayaran Feqril pun keluar dengan membawa bunga tersebut dengan tersenyum riang.
Di pejabat, Zaraa dikejutkan dengan kehadiran sekuntum bunga dengan balutan yang cantik beserta sekeping kad.
"Eh, cantiknya bunga ni. Ros colour lavender, macam tau-tau je aku ni suka colour tu. Siap ada kad lagi ni," kata Zaraa sambil membaca kad tersebut.
"cinta bukan tentang berapa lama kamu mengenal seseorang,
tetapi tentang seseorang yang mampu membuatmu tersenyum
sejak mengenalinya"
begitulah aku sejak mengenalimu,pertama kali mengenalimu membuatkan
ku jatuh cinta padamu,
senyummu,wajahmu, dan segala tingkah lakumu
seringkali bermain di fikiranku...
sejak itu,
baru ku sedar bahawa
AKU TELAH JATUH CINTA PADAMU
yang mencintaimu,
Hati Zaraa mula berdegup setelah membaca kad tersebut. Namun, dia tertanya-tanya siapakah insan yang telah menghadiahkannya bunga tersebut.
"Ah, esok lusa aku tau lah siapa yang bagi aku bunga tu,"kata Zaraa sambil mengambil bunga tersebut lalu menciumnya.
Hari keesokannya, sekali lagi Zaraa dihadiahkan dengan 3 kuntum bunga ros yang berwarna merah berserta sekeping kad. Zaraa membuka kad tersebut lalu membacanya.
Jika aku memilih untuk bernafas atau mencintaimu,
maka akan ku gunakan nafas terakhirku
untuk mengatakan bahawa
aku mencintaimu
yang mencintaimu,
Berbunga-bunga hatinya setelah membaca ungkapan cinta tersebut. Alangkah bahagianya hati sekiranya dia tahu siapakah pengirim bunga tersebut. Belum pernah seumur hidupnya, dihadiahkan bunga berserta ungkapan yang indah itu. Diciumnya bunga-bunga tersebut sambil melayan perasaan yang mula berputik di hatinya. Namun, tanpa disedarinya, Feqril sedang memerhatikan setiap kelakuannya sambil tersenyum.
"Nampaknya rancangan aku kali ni berjaya, let go to the next step he he he~" katanya dalam hati sambil berjalan menuju ke meja Zaraa.
"Ehem, jauh mengelamun nampak?" soal Feqril dengan nada serius.
"Eh tuan, tak adalah. Berangan sikit-sikit je. Ada apa-apa yang boleh saya bantu tuan?" tanya Zaraa sambil menyembunyikan rasa malunya.
"Saya nak awak temankan saya keluar makan tengahari dengan client," ujar Feqril.
"Keluar makan dengan client? tapi tuan saya..." belum pun sempat Zaraa menghabiskan ayatnya, Feqril segera mencelah.
"Tak ada tapi-tapi. Awak kena jugak temankan saya. Ini adalah arahan faham?" tegas Feqril.
"Baiklah.." Zaraa menjawab dengan perlahan. Tiada dayanya untuk menolak jika ia merupakan arahan. Nak tak nak terpaksalah ikut.
"Aku harap rancangan kali ini berjaya. Sungguh aku terlalu ingin memilikimu. Setiap saat tak pernah sekalipun ku melupakanmu," desisnya dalam hati sambil menyembunyikan senyumnya.
No comments:
Post a Comment