photo Untitled-1_zps0aa7cbb3.png

rakan2 kesayanganku

Monday, 14 January 2013

Cinta Jarak Jauh

Dalam zaman yang serba canggih masa kini, pelbagai alat komunikasi telah dicipta bagi memudahkan orang ramai untuk berhubung antara satu sama lain. Tak kira dari jarak dekat mahupun jauh. Dan tidak ketinggalan juga, ada yang menjalinkan hubungan istimewa melaluinya. Maka tercipta lah sebuah hubungan yang dikenali sebagai cinta jarak jauh.


maksud cinta jarak jauh ialah pasangan yang terpisah jauh dimata kerana beberapa faktor. Antaranya ialah tinggal berjauhan, faktor kerja, halangan keluarga dan sebab2 lain yang menyebabkan pasangan tidak dapat berjumpa selalu' 



Mungkin ramai diantara kita yang pernah mengalami pengalaman bercinta dalam jarak yang jauh dan pastinya amat mencabar dan agak sukar bukan? Namun ia bukan sesuatu yang mustahil kerana ada yang berjaya melangkah ke gerbang perkahwinan. Kita boleh lihat dari sudut positif dimana cinta jarak jauh ini menjauhkan pasangan dari melakukan maksiat dan menguji sejauh mana kekuatan cinta antara pasangan. Mungkin adakalanya ia membuatkan kita semakin merindui pasangan kita. 


Tapi dengan adanya teknologi yang serba canggih masa kini kita dapat berhubung dengan pasangan bila2 masa,tak kira di mana jua berada. Namun dari pandangan negatifnya, ia agak merbahaya kerana di khuatiri kasih sayang akan semakin pudar bila terlalu lama terpisah jauh.

Di sini ada beberapa tips untuk mengekalkan percintaan jarak jauh:

1. kepercayaan dan kejujuran 


  • jangan fikir bukan2 tentang pasangan. Berserah segalanya pada takdir dan pastikan anda jujur terhadap diri sendiri dan tidak curang terhadapasangan. 


2. komitmen yang tinggi


  • pastikan anda dan pasangan anda selalu memberikan komitmen terhadap cinta


3. sentiasa berhubung


  • Cari jalan untuk sentiasa berhubung dengan pasangan anda. Ia bagi mengelakkan si dia mencari keseronokan dengan orang lain untuk mengisi kekosongan dan kesepian dalam hatinya.

4. jangan terlalu berprasangka buruk dengan pasangan


  • Selalu berfikiran positif dan cuba kawal emosi. Elakkan bergaduh ketika berhubung kerana ia satu2nya cara untuk merapatkan hubungan dengan si dia.


5. Ikhlaskan hati mencintai pasangan

Tunjukkan sikap ambil berat walaupun hanya melalui sms atau panggilan dan buatkan dirinya terasa disayangi   dan rasa istimewa.






4 comments:

  1. That's what happened to me right now... huhuhu...

    ReplyDelete
  2. hehe...sy pernah merasainya..skg tak lagi

    ReplyDelete
  3. setia itu penting bagi orang bercinta jarak jauh..klu hati tak setia retak la hubungan tu

    ReplyDelete
  4. kebanyakan dorang selalu failed dlm bab2 setia ni...sbb tu kdg2 cjj ni tak smpai ke mana :)

    ReplyDelete