photo Untitled-1_zps0aa7cbb3.png

rakan2 kesayanganku

Sunday, 13 January 2013

Cinta Si Cantik Manis 14


Syamier menghantar Zaraa ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Sementara menunggu Zaraa mendapatkan rawatan, dia duduk di bangku yang disediakan oleh pihak klinik di bahagian menunggu bersama beg tangan Zaraa ditinggalkan bersamanya. Tergerak hatinya untuk mengetahui siapa sebenarnya gadis manis itu lalu tangannya mencapai dompet kepunyaan Zaraa. Di dalam dompet tersebut terselit sekeping kad pengenalan milik gadis itu lalu diambil lantas dibacanya.



"Oh, ni nama dia rupanya. Zaraa Imani binti Zainal Abidin. Cantik nama tu secantik orangnya juga," pujinya dalam hati.



Sedang dia asyik menilik kad pengenalan itu, mata terpandang sekeping gambar lelaki yang dikenalinya. Dia tertanya-tanya siapakah lelaki itu pada gadis tersebut. Tak lama selepas itu, dia terdengar suara Zaraa bercakap dengan seorang doktor perempuan di depan bilik rawatan lalu tangannya cepat-cepat menyimpan dompet itu kembali ke dalam beg tangan gadis itu. Segera dia pergi ke arah Zaraa untuk membantu gadis yang nampak sukar untuk berjalan disebabkan kakinya yang terseliuh itu. Zaraa cuba untuk menolak pertolongan Syamier namun Syamier tetap berkeras untuk membantunya. Nak tak nak terpaksalah dia menurut sahaja bimbang lelaki itu berkecil hati padanya. Lelaki itu menyuruhnya duduk  di bangku sementara dia pergi ke kaunter untuk mengambil ubat. Tersentuh hati wanitanya melihat keprihatinan lelaki itu padanya.



"Nah, ni ubat awak," kata Syamier lalu menyerahkan beg plastik yang berisi ubat yang diambilnya dari kaunter tadi.



"Terima kasih, Syamier. Hari ini awak banyak tolong saya, entah bila lagi baru saya dapat balas budi awak," ucap Zaraa.



"Tak ape lah, Zaraa. Saya ikhlas nak tolong awak. Hari ni giliran saya tolong awak. Besok lusa giliran awak pula tolong saya balik," ujar Syamier sambil tersenyum.



Zaraa hanya tersenyum. Syamier terpana seketika. Senyuman Zaraa membuatkan membuatkan hati lelakinya berdetak hebat. Seumur hidupnya, inilah senyuman yang paling indah yang pernah dilihatnya. Dia seakan-akan terbuai dengan khayalannya. Namun, tak lama selepas itu, terlihat tangan Zaraa melambai-lambai di depannya. Khayalannya tadi terus lenyap begitu sahaja.



"Ya, ada apa Zaraa?" soalnya sedikit binggung.



"Er..boleh tak awak tolong hantarkan saya kat tempat saya parking kereta saya tadi?" tanya Zaraa serba salah.



"Oh, boleh Zaraa. Apa salahnya," kata Syamier lagi.



"Maaf ye Syamier, tak pasal-pasal menyusahkan awak sekali lagi," ucap Zaraa dengan rasa terhutang budi.



"Tak apelah, Zaraa. Meh, saya hantarkan awak ke sana," kata Syamier sambil membukakan pintu keretanya buat Zaraa.



Sepanjang perjalanan, mereka saling bercerita tentang diri masing-masing. Zaraa tidak menyangka lelaki di di sebelahnya ini seorang yang agak peramah dan kelakar orangnya. Dalam masa beberapa jam sahaja mereka berkenalan, dia sudah mulai serasi dengan Syamier. Sedikit sebanyak dia mula mengenali Syamier. 

No comments:

Post a Comment