photo Untitled-1_zps0aa7cbb3.png

rakan2 kesayanganku

Monday 21 January 2013

Jozan Juara Maharaja Lawak




Sekalung tahniah diucapkan buat  Jozan kerana berjaya meraih takhta sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2012 yang berlansung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru pada hari Jumaat yang lepas.


Dengan memperoleh peratusan markah tertinggi, Jozan dan Zizan berjaya menewaskan Yus dan Tauke dari kumpulan Jambu yang mendapat tempat kedua sekaligus membawa pulang wang tunai yang bernilai RM 500,000 berserta trofi sumbangan Astro.


Naib juara iaitu kumpulan Jambu, menerima  wang tunai sebanyak RM250,000 berserta trofi sumbangan Astro diikuti oleh kumpulan Shiro yang mendapat tempat ketiga yang membawa pulang wang sebanyak RM150,000 berserta trofi sumbangan Astro.


Walau bagaimanapun, kumpulan BOBOI yang dianggotai oleh Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil serta satu2nya kumpulan yang berasal dari Indonesia iaitu SAYWHO terpaksa akur dengan kedudukan masing2 ditangga keempat dan kelima yang hanya berjaya memenangi wang sebanyak RM50,000 dan RM15,000.


Kelima lima peserta dikehendaki membuat 2 persembahan yang bertemakan konsep bebas dan musical komedi dan diadili dengan 70% markah dari juri yang terdiri daripada Awie, Wulan Guritno, Najib Ali dan Lisa Surihani serta selebihnya undian dari penonton di rumah.


Sumber : Malaysian Digest.com

2 comments:

  1. Salam perkenalan Farah, jemput singgah ke blog saya www.draisyahafiz.com

    ReplyDelete
  2. done follow ur blog...thanks :) selamat berkenalan :)

    ReplyDelete